Drama : Layang-Layang Perkahwinan
Produksi : iFame (iFabulous Art Media & Event)
Pengarah : Eyra Rahman
Penulis Skrip : Oka Aurora
Siaran : Astro Ria 104
Mula Tayangan : 8 Januari 2023
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Episod : 28
OST/ Lagu Tema : Haruskah (Kubalas Semua) - Afida
Pelakon : Shukri Yahaya, Ezzanie Jasny, Keith Foo, Alya Iman, Arash Mohd, Nina Juren, Aishah Ilias, Lisdawati, Haidar Hasanudin, Natasha Elyzza, Aidan Razeen
Sinopsis Drama Layang-Layang Perkahwinan
Mengisahkan Saida (Ezzanie Jasny) seorang isteri yang sentiasa menyokong kerjaya suaminya, Azim (Shukri Yahaya). Walaupun sibuk dengan kerjayanya, Saida sentiasa memastikan urusan keluarganya berjalan lancar dan sempurna.
Azim kecewa apabila bapanya, Hasibullah (Arash Mohd) masih lagi tidak mempercayai dirinya untuk mengambil alih urusan syarikat. Atas pujukan Saida, Hasibullah akhirnya menyerahkan jawatan CEO kepada Azim dan Azim perlu membuktikan pada bapanya yang dia layak untuk memegang jawatan tersebut.
Setelah menjawat jawatan CEO, Azim semakin sibuk dengan urusan kerja sehingga tidak mempunyai masa untuk keluarga. Saida syak suaminya mempunyai hubungan sulit namun tiada bukti kukuh untuk menuduh Azim walaupan sentiausaha Azim iaitu Suraya (Alya Iman) menuduh Maryam (Aishah Ilias) kelihatan terlebih mesra dengan Azim dan selalu membuat pertemuan mengejut.
Keadaan menjadi semakin tegang apabila Saida tidak bersetuju dengan tindakan ibu mertuanya, Laeli (Nina Juren) membeli smartphone untuk anaknya, Atheer (Aidan Razeen). Saida cuba untuk membincangkan hal tersebut dengan Azim tapi Azim semakin sukar untuk dihubungan dan diajak berbincang.
Adakah rahsia Azim akan terbongkar? Mampukah Saida menerima suaminya telah mencurangi dirinya? Konflik bertambah menarik apabila Ammar (Keith Foo) muncul semula dalam hidup Saida.
2 Comments
Nampak best..sakitkan hati sendiri bila nengok ni...Ye takk 😂
ReplyDeleteMacam best tapi takde astro nk tgk
ReplyDelete