Langgar Pantang (Astro Ria) | Review Telefilem

Langgar Pantang (Astro Ria)

Telefilem : Langgar Pantang
Produksi : MIG Production
Pengarah : Izuan Mokhtar
Skrip : Panel Skrip MIG
Siaran : Astro Ria
Tayangan : 12 Januari 2024
Durasi : 1 jam 32 minit
Genre : Seram
Pelakon : Nadiya Nisaa, Amar Baharin, Fadilah Mansor, Nuremy Ramli, Ruzaidi Abdul Rahman, Sharifah Antasha

SINOPSIS:
Elis mengalami keguguran dan menjalani proses berpantang mengikut tradisi Melayu, tetapi segalanya menjadi kelam kabut apabila pembantunya secara tidak sengaja mendedahkan rahsia yang Elis sembunyikan.

Langgar Pantang (Astro Ria) | Review Telefilem

Langgar Pantang mengisahkan Elis (Nadiya Nisaa) yang mengalami keguguran dan keadaanya kurang stabil. Hilman (Amar Baharin) mengikut saranan ibunya untuk mengupah Kak Faridah (Fadillah Mansor) menjaga isterinya dalam tempoh berpantang tersebut.

Dalam masa yang sama Hilman serabut apabila bekas isterinya, Husna (Nuremy Ramli) mendesak untuk menjual rumah mereka dulu dan menuduh Hilman selalu mengelak menyelesaikan kes tuntutannya.

Sepanjang tempoh tersebut, keadaan Elis agak pelik dan seperti meroyan kerana tidak dapat menerima kehilangan anak dalam kandungannya. Malah Kak Faridah yang tinggal di rumah tersebut untuk memantau keadaan Elis turut mengalami gangguan pelik dan cuba memberitahu Hilman yang Elis sebenarnya ada guna ilmu sihir tapi Hilman tidak percaya dan menuduh Kak Faridah sengaja mencari alasan kerana tidak sanggup menjaga isterinya.

Kemudian tersingkap rahsia Elis menggunakan ubat pengasih untuk menghancurkan perkahwinan kawan baiknya, Husna sebab nak rampas Hilman. Bomoh siam yang Elis jumpa tu dah bagi syarat ada nyawa yang menjadi galang ganti iaitu zuriat Elis tapi dia dah langgar pantang tak serahkan janin tu seperti yang diminta bomoh tersebut.

Langgar Pantang (Astro Ria) | Review Telefilem

telefilem ni agak saspen juga tapi takdelah seram sangat dan plot disusun dengan baik, mula-mula ingatkan Hilman ni yang something wrong rupanya Elis yang berhati hitam, dah tahu Hilman ni suami kawan baik sendiri tetap juga nak merampas dengan cara terkutuk.

watak Hilman bagi aku agak annoying sebab terlalu ambil mudah banyak perkara dan terlalu sibuk dengan kerja sampai kurang beri perhatian pada isteri sampai Husna meluahkan masalah pada Elis tapi menjadi masalah juga sebab Elis mengambil kesempatan bila ada peluang terbuka. actually rimas juga dengan watak Husna ni yang tak habis baran, bingit tau dengar suara dia marah-marah.

pengakhirannya ada balasan atas perbuatan Elis. overall jalan cerita yang menarik dan penuh dengan mesej dan pengajaran.

Post a Comment

0 Comments