Drama Turki: Ruzgarli Tepe - Winds of Love (2024)

Drama Turki: Ruzgarli Tepe (2024)

Title : Ruzgarli Tepe
English Title : Winds of Love
Release Date : 1 January 2024
Cast : Golberk Yildirim, Cemre Arda, Zeynep Serpil Bozkurt, Hilal Kuvvet, Sehna Pehlivan, Ilayda Sumak, Serdar Yusuf

SYNOPSIS:
Zeynep, the smart, well-behaved and ladylike daughter of her family, is a role model for everyone in the town. But Zeynep has an unknown side, and that is that she has a warrior spirit. Halil, on the other hand, is a young man who lost his parents at a young age and grew up with his aunt for years with grief and grudges. Halil, who steps into a life of hardship at an early age and constantly struggles with difficulties, and Zeynep, who is a true free warrior underneath her princess profile, cross paths. Halil, who lives for his family, and Zeynep, who lives despite her family, are unwittingly caught in the vortex of love, and no matter how much they run away from each other, their paths always cross.

Drama Turki: Ruzgarli Tepe (2024)

Ruzgarli Tepe sebuah kisah pembalasan dendam mengisahkan Halil Firat (Globerk Yildirim) pulang ke Turki untuk membalas dendam pada keluarga Aslanhi yang telah merampas kebahagian dan menghancurkan keluarganya.

semasa sampai di bandar tersebut, Halil terserempak dengan Zeynep dan tertarik dengan Zeynep tapi kemudiannya marah bila mengetahui Zeynep adalah anggota keluarga Aslanhi. 

Tanpa belas kasihan, Halil menggunakan kuasa penguam untuk menghalau Zeynep dan keluarganya keluar dari rumah agam milik mereka. Zeynep terkejut bila mereka hilang rumah dan ladang dalam sekelip mata dan baru mengetahui ayahnya mempunyai hutang dan tidak dapat menyelesaikan hutang tersebut sebelum meninggal dunia.

Drama Turki: Ruzgarli Tepe (2024)

Zeynep Aslanhi (Cemre Arda) seorang gadis yang baik hati dan sangat mementingkan keluarga. keluarga dia asal keturunan bangsawan yang memiliki ladang yang luas, Zeynep mengambil alih menguruskan ladang setelah ayahnya meninggal dunia.

Suatu hari berlaku pertemuan Zeynep dengan Halil dan tak lama kemudian dia terkejut bila dapat tahu bapanya mempunyai hutang dan Halil telah membeli rumah dan ladang milik keluarganya. Dalam sekelip mata sahaja keluarganya terpaksa merempat.

Drama Turki: Ruzgarli Tepe (2024)

sempat tengok 2 episod drama ni tapi tak boleh nak go on dengan watak dan jalan ceritanya. agak klise sebab plot yang biasa tengok dan tertumpu pada dendam Halil pada keluarga Zeynep. benda yang agak annoying bila family Zeynep semua perempuan so nampak watak Halil macam tak berapa bijak jadikan perempuan yang lemah sebagai target dia untuk membalas dendam.

Halil berdendam sebab bapanya ditangkap atas kesalahan mencuri so tak tahu apa yang keluarga Zeynep dah buat since tak ditunjukkan lagi dalam dua episod pertama ni. sebab emak kau pernah beritahu kena halau dengan Zeynep terus kau cop Zeynep perempuan tak berhati perut. dari first episod lagi agak serabut juga jalan ceritanya sebab tak tahu apa sebenarnya yang berlaku selain tunjuk dua memori ni yang Halil tak boleh lupa. so sis buat conclusion maybe semua ni salah faham dan Halil ni tersalah target nak balas dendam. entahlah.

Disebabkan drama ni asyik tunjuk dendam Halil dengan baran dia so sis agak bosan dengan lakonan dan sepesen je ekspresi muka dia. takde aura yang boleh buat sis tertarik untuk terus menonton drama ni. lakonan heroin pun kurang menyerlah disebabkan plot dan skrip yang hambar.

Post a Comment

0 Comments