Thariq Ridzuwan Commando's: His Treasure by Hudanajwa | Book Review

Thariq Ridzuwan Commando's: His Treasure by Hudanajwa | Book Review

Novel : Thariq Ridzuwan Commando's: His Treasure
Penulis : Hudanajwa
Helaian : 778
Penerbit : Idea Kreatif Publication
Terbitan : Disember 2023

Shopee: Novel Thariq Ridzuwan Commando's: His Treasure karya Hudanajwa


Review Novel Thariq Ridzuwan Commando's: His Treasure

pernah baca kisah Thariq Ridzuwan separuh jalan kat wattpad dulu, bila tahu cerita ni dibukukan so awal-awal lagi join sekali pre-order, perghh memang lama juga menunggu novel ni sampai ke rumah.

Mengisahkan Husniya Radwa yang bertemu kembali dengan bekas kekasihnya, Thariq Rizuwan selepas lima tahun mereka berpisah. Husniya ada masalah keluarga sehingga menyebabkan dia depression dan anxiety yang teruk, perpisahan dengan Thariq yang curang menyebabkan dia hilang kepercayaan pada lelaki. tapi betul ke Thariq curang? yang itu kena baca sendirilah.

Apabila bertemu semula, Thariq berusaha untuk dapatkan semula Husniya dan sanggup semua terima amarah gadis tersebut. Dipendekkan cerita mereka berkahwin, hubungan mereka sangat bahagia namun banyak konflik yang berlaku yang memberi kesan kepada emosi dan mental Husniya tapi Thariq setia di sisi isterinya untuk memberi sokongan dan melindungi Husniya dari tersakiti.

konflik dan plot agak menarik dan disusun dengan baik. masalahnya buku ni terlalu tebal dan slow, pastu mulalah penat nak habiskan sebab lebih banyak fokus kepada hubungan Thariq Ridzuwan dan Husniya Radwa. awal-awal tu memanglah rasa sweet tapi lepas hampir separuh buku dah rasa nak main selak-selak je sebab bosan. aku mengharapkan jalan cerita lebih fokus kepada plot dan konflik utama.

penulis juga create watak utama yang menarik, aku suka watak Husniya sebab dia seorang yang strong dan savage walaupun adakalanya kalah dengan anxiety dia sebab memang banyak dan berat ujian yang dia kena tempuh. Thariq Ridzuwan sebagai hero pula boleh jadi hero idaman malaya, perghh dia punya aura sangat menarik dan cara layanan dia pada orang tersayang macam lelaki kiriman tuhan atau green flag  gitu..haha

aku ingatkan ini buku pertama dari penulis rupanya buku kedua selepas Mi Esposa. maybe banyak lagi buku dari penulis akan menyusul sebab dalam buku ni pun banyak cameo pasangan lain yang menarik mungkin dah ada kisah mereka di wattpad.

bagi aku penulis ada banyak idea menarik tapi boleh improve lagi dari segi penyampaian dan kematangan dalam penulisan. satu lagi, maybe boleh kurangkan ayat dialog berbahasa inggeris dan martabatkan bahasa melayu. overall nice story

**MY RATING: 3.5/ 5**




Thariq Ridzuwan, seorang tentera di bawah unit khas berpangkat leftenan. Sentiasa tenang dan positif dalam menghadapi semua masalah. Siapa sangka, di sebalik wajah tenang seorang Thariq Ridzuwan, terselit seribu penyesalan dan rasa bersalah kepada seseorang.

Husniya Radwa, gadis dingin dan kasar. Dia juga suka memberontak dan keras kepala. Sebagai salah seorang penghidap anxiety dan depression, hidupnya tidak mudah. Di saat orang lain mendapat sokongan keluarga, dia hanya mampu menumpang kasih sayang sahabat.

Kehadiran Thariq Ridzuwan ke dalam hidupnya semula setelah lima tahun berpisah membuatkan dia makin bercelaru. Jiwanya makin tidak tenang.

“I wish I could tell someone the whole story of why I am the way I am”- Husniya Radwa.

Tidak mudah menjalani hidup apabila dirinya sentiasa dipandang serong oleh orang sekeliling kerana sikap dinginnya.

“Marry me, Husniya. Let me take care of you. I can’t promise to fix all your problem. But I can promise you won’t face them all alone.”- Thariq Ridzuwan.

Perkahwinan yang dibina sentiasa ditimpa dugaan dari orang sekeliling. Thariq dengan sikap tenangnya namun menyimpan satu rahsia besar. Husniya dengan penyakitnya dan sentiasa hilang kawalan. Campur tangan keluarga di dalam rumah tangga mereka merumitkan lagi keadaan.

Mampukah Thariq melindungi isterinya daripada orang yang ingin menjatuhkan wanita itu? Dapatkah dia mempertahankan perkahwinan mereka? Atau ia akan berakhir di pertengahan jalan.

Post a Comment

2 Comments

  1. Su beli dari ps sebb dapat murah sebuah tapi fuhhh tahun ni baru sampai haha... nak tunggu baca tu tunggu nanti la hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. lorh..ingatkan beli dari ps boleh sampai awal.. kami ni beli dari penerbit kira awal juga la dapat ye..haha

      Delete