Drama : Syurga Itu Bukan Mudah
Produksi : Global Station Sdn Bhd
Pengarah : Eyra Rahman
Penulis Skrip : Liza Nur, Chinta Nadeesha
Siaran : Astro Ria 104
Mula Tayangan : 4 Disember 2023
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Episod : 20
OST/ Lagu Tema : Boneka Tanpa Hati (Nadeera)
Pelakon : Anna Jobling, Amir Ahnaf, Fadhli Masoot, Alya Iman, Dynas Mokhtar, Dian P Ramlee, Bulan Terry, Steve Yap, Amir Nafis
Sinopsis Drama Syurga Itu Bukan Mudah
Mengisahkan Farid (Amir Ahnaf) seorang ahli perniagaan yang mempunyai misi untuk masuk dalam ranking teratas dalam Alpha Male Society, kumpulan ahli perniagaan paling berpengaruh. Farid mempunyai sisi gelap sendiri apabila terlalu leka dengan syurga dunia dengan penggunaan pil khayal dan gemar bertukar perempuan di atas katil.
Suatu hari, Farid ditahan oleh pihak polis dan dijamin oleh Umira (Dynas Mokhtar) yang merupakan kakak Farid. Umi menetapkan syarat supaya Farid berkahwin dengan gadis pilihannya kerana dia tidak suka dengan sikap kaki perempuan Farid dan berharap Farid berubah apabila berkahwin kelak.
Aileen (Anna Jobling) setuju dengan perkahwinan tersebut kerana menyangka Farid seorang lelaki yang baik dan sempurna dari segi agama. Aileen percaya kunci mudah seorang wanita untuk masuk ke syurga adalah dengan mentaati suaminya.
Namun perangai sebenar Farid mula terserlah selepas mereka berkahwin. Tingkah laku jahat Farid mengubah kehidupan perkahwinan mereka menjadi seperti neraka dan mendatangkan lebih banyak rintangan dan cabaran kepada Aileen selepas merungkai sisi gelap suaminya
Baca juga : Telefilem Racun Suami Jahanam lakonan Mimi Lana dan Ben Amir
Adakah Aileen tabah menghadapi ujian yang datang dalam hidupnya? Saksikan pengakhirannya dalam Syurga Itu Bukan Mudah yang bersiaran mulai 4 Disember 2023 pada setiap hari isnin hingga khamis ja 10.00 malam di slot Megadrama Astro Ria.
1 Comments
pergh.. lain macam jalan ceritanya..
ReplyDelete