Drama : Kami Orang KL
Produksi : Rumah Karya Citra
Pengarah : Ain Shariff
Penulis Skrip : Eirma Fatima
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 30 November 2023
Masa : Khamis-Sabtu | 9.00 Malam
Episod : 15
OST/ Lagu Tema : Kong Kali Kong (Floor 88 X Namie)
Pelakon : Liza Abdullah, Ropie, Afifah Nasir, Razman Syah, Amyza Adnan, Andi Bernadee, Scha Elinnea, Maria Farida, Husna Mustafa
Sinopsis Drama Kami Orang KL
Mengisahkan kehidupan Rafeah dan keluarganya yang tinggal di kampung berasa gembira apabila mendapat tawaran daripada adiknya, Mahmood untuk menetap di Kuala Lumpur dan teruja untuk menjadi orang KL.
Perniagaan Mahmood mengalami masalah jadi dia berhasrat untuk balik ke kampung untuk mengusahakan tanah pusaka milik keluarga mereka. Mahmood meminta mereka menjaga rumahnya dan menanggung perbelanjaan Rafeah dan keluarganya.
Rafeah (Liza Abdullah) tidak mahu menyusahkan adiknya, dia mahu memulakan bisnes rempeyek di Kuala Lumpur manakala suaminya, Hussein (Ropie) tidak mempunyai sebarang perancangan dan hanya mengikut rancangan isterinya. Mereke mempunyai dua orang iaitu Kamsiah (Afifah Nasir) yang mahu menjadi influencer terkenal dan Hassan (Razman Syah) mempunyai impian untuk menjadi penyanyi terkenal.
Sejak hari pertama berpindah ke situ, jiran-jiran tidak senang dengan sikap terlebih ramah Rafeah dan suka menegur tentang cara pemakaian mereka. Hussein pula cuba menyesuaikan diri dengan orang masjid tapi geng masjid tidak berkenan cara Hussein yang seperti mahu menjadi ketua di situ.
Selain itu, Rafeah cuba menegur jiran belakang rumah Cik Da (Amyza Aznan) dan memberitahu tidak suka dengan bau kucing-kucing peliharaan Cik Da yang menganggu dirinya.
Adakah Rafeah dan keluarganya dapat menyesuaikan diri di Kuala Lumpur dan menjadi orang KL sepenuh?
Saksikan drama Kami Orang KL yang bersiaran pada setiap hari khamis hingga sabtu jam 9.00 malam, mulai 30 November ini di slot Lestary TV3 atau tonton episod penuh di platform penstriman TONTON.
0 Comments