Review: Walid (Netflix)

Review: Walid (Netflix)

Filem : Walid
Produksi : Layar Pictures
Pengarah : Areel Abu Bakar
Penulis : Areel Abu Bakar, Hafiz Derani
Network : Netflix
Tayangan : 14 September 2023
Duasi : 1 jam 50 minit
Genre : Aksi, Thriller
Pelakon : Megat Sharizal, Putri Qaseh Izwandy, Namron, Yusran Hashim, Sham Putra, Fad Anuar, Aliff Yasraff, Feiyna Tajuddin, Taiyuddin Bakar

SINOPSIS:
Walid seorang guru yang baik hati dan berdedikasi yang secara sukarela mengajar kanak-kanak kurang bernasib baik di sebuah perkampungan. Walau bagaimanapun, segalanya berubah apabila beberapa orang pelajarnya menghilangkan diri dari kelas. Dengan bantuan rakan-rakannya beserta petunjuk dan klu yang ditinggalkan, beliau menjejak pelajar-pelajarnya yang disyaki menjadi mangsa penculikan.

Review: Walid (Netflix)

Mengisahkan Walid (Megat Sharizal) seorang guru sekolah yang baik hati dan sangat berdedikasi mendidik anak bangsa. Selepas persekolahan, Walid akan membuka kelas membaca secara percuma kepada anak-anak pendatang yang tidak mempunyai pergenalan diri untuk bersekolah secara formal.

Suatu hari, Walid bertemu dengan Aisha (Putri Qaseh) yang selalu curi-curi mengikut kelasnya dan mengutip buku terpakai untuk dijadikan bahan bacaan. Walid tertarik dengan semangat Aisha yang mahu menimba ilmu tapi tidak dapat mendaftar belajar di sekolah kerana anak pendatang. Walid secara sukarela mengajar Aisha untuk membaca.

Tidak lama kemudian, ada beberapa kanak-kanak di situ termasuk Aisha telah hilang diculik oleh sindiket pemerdagangan manusia yang diketuai oleh Pak Ku (Namron). Walid cuba menjejaki Aisha bersama kawan-kawannya yang lain seterusnya menghapuskan geng sindiket yang sudah lama bermaharajalela di situ.

Review: Walid (Netflix)

bila tengok filem ni aku teringat filem Ahjussi (The Man From Nowhere) yang dilakonkan oleh Wonbin sebab isu dan konflik lebih kurang sama. Berbalik pada filem Walid, bagi aku plot dan jalan ceritanya menarik dan ada mesej yang kuat cuba disampaikan.

hampir 50% cerita ni lebih ke arah aksi dan bila sampai pertengahan cerita di mana Aisha diculik, aku boleh nampak bertapa serabutnya jalan cerita dia. bila Aisha kena culik dengan sindiket ni, pening sikit sebab banyak watak yang tiba-tiba muncul. macam polis yang tiba-tiba kena kurung dan bila mereka berlawan ada lagi geng yang tiba-tiba turun untuk menjatuhkan orang jahat ni.

kalau ada backstory pada watak-watak hero yang tak didendang maybe menarik dan boleh faham sikit kot sebab aku pun tak faham sangat pasal Walid ni, adakah dia dah lama undercover kawasan situ ataupun atas rasa bertanggungjawab sebab kenal Aisha. ntahlah second act filem ni aku dah tak faham jalan ceritanya.

Review: Walid (Netflix)

lakonan daripada barisan pelakon sangat mantap walaupun mostly bukan dari pelakon terkenal. satu lagi suka tengok lokasi penggambaran dalam filem cuma aku tak berkenan sangat dengan teknik kamera bergerak-gerak ni.

dari segi aksi pula, filem ni sangat mantap tapi itulah tak seiring dengan jalan cerita yang tiba-tiba serabut. 

Post a Comment

0 Comments