Review: Baby-Sita (Astro Warna)

Review: Baby-Sita (Astro Warna)

Telefilem : Baby-Sita
Produksi : Baba Cam House Entertainment
Pengarah : Darus Hasib, Hanafi Razak
Idea Asal : Hanaffi
Skrip : Baba Cam House Entertainment
Siaran : Astro Warna 107
Tayangan : 16 Disember 2023
Durasi : 1 jam 37 minit
Genre : Komedi
Pelakon : Mierul Aiman, Eric Fuzi, Azrael Hamdi, Erysha Emyra, Ezzanie Jasny, Ropie, Dina Nadzir, Malique, Nada, Shuib Sepahtu, Noorkhiriah

SINOPSIS:
Dalam membuat kejahatan, dua penjenayah secara tidak sengaja telah ditakdirkan untuk menjaga seorang bayi.

Review: Baby-Sita (Astro Warna)

Baby Sita mengisahkan dua orang sahabat karib iaitu Adam (Mierul Aiman) dan Hatim (Eric Fuzi) yang nampak seperti individu berjaya tapi sebenarnya melakukan kerja jenayah mencuri kereta mewah. Suatu hari, mereka mencuri sebuah kereta mewah dan kemudian menjumpai bayi yang ditinggalkan secara tidak sengaja di dalam kereta tersebut.

Adam dan Hatim membuat keputusan untuk menjaga bayi tersebut secara rahsia buat seketika sementara mereka dapat mencari keluarga bayi tesebut. Walaupun banyak buat jahat tapi ada sisi baik juga bila mereka belajar pelbagai perkara baru untuk menjaga bayi tersebut.

Dalam masa yang sama banyak gangguan yang datang bila terpaksa berhadapan dengan Abang Jo (Ropie), jiran mereka yang kepochi. Selain itu, Adam dan Hatim juga perlu meluangkan masa dengan kekasih mereka iaitu Aisyah (Erysha Emyra) dan Liza (Ezzany Jasnie) yang sentiasa mahukan perhatian mereka.

Misi Adam dan Hatim sekarang adalah mereka perlukan memastikan bayi tersebut dalam keadaan baik seterusnya mengembalikan kepada keluarganya.

Baby-Sita

Baby-Sita sebuah telefilem komedi dengan menampilkan gandingan yang mantap antara pelakon baru yang meningkatkan naik dan pelakon lama yang berpengalaman. dari segi jalan cerita agak menarik tapi bukan plot yang fresh dan skrip dalam telefilem ini agak hambar. overall agak hambar tapi not bad lah untuk tontonan santai seisi keluarga.

Post a Comment

0 Comments