Noda by Aein Dhiyauddin | Book Review

Noda by Aein Dhiyauddin

Novel : Noda
Penulis : Aein Dhiyauddin
Helaian : 502
Penerbit : Novel Mania Publication
Terbitan : April 2020

Review Novel Noda

Alkisahnya, Adra Najuwa dibuang oleh ibu kandungnya dan suatu hari dia diminta untuk mendermakan hati untuk adik tirinya, Jannah. bayangkan selama hidup tak pernah jumpa emak kandung tetiba diminta untuk bagi organ penting dalam badan, itupun sebab tak ada orang lain yang sesuai melainkan dirinya.

Adra langsung tak ada niat untuk membantu so dia bagi syarat minta tunang Jannah iaitu Hadif untuk berkahwin dengannya. Disebabkan Hadif sayang sangat dengan tunang dia so dia terima syarat Adra supaya Jannah dapat diselamatkan..

Watak Adra sangat menyedihkan, rasa nak hug je kat dia sebab dapat layanan yang tidak adil daripada ibu kandungnya dan dipandang serong kerana bekerja sebagai penyanyi di kelab. tapi kan, aku ingatkan hero dia akan jadi annoying dengan perkahwinan yang unexpected ni tapi wei tak sangka hero dia green flag like dia redha dan terima Adra seadanya tanpa kisah masa silam Andra.

Plot dan jalan ceritanya menarik tapi lepas Adra dan Hadif berkahwin hurmm ntahlaa aku rasa bosan sikit, sebab banyak sangat babak sweet suami isteri gitu. komunikasi antara Adra dan Hadif pun bagus dan saling memahami cuma macam penat sikit sebab Adra terlalu berahsia dengan masa silam dia, kat hujung-hujung sampai muncul si Lucas baru terbongkar segala rahsia. pastu bosan juga dengan watak jahat yang tak sedar diri tak habis cuba menganggu hubungan mereka suami isteri.

watak paling annoying dah tentu emak kandung Adra (lupa nama) dan Jannah. banyak bendalah yang dilakukan oleh Jannah untuk dapatkan balik Hadif. yang kesian Hadif tak layan pun sebab dia dah jatuh cinta habis pada Adra. agak menyampah juga dengan Jannah yang tak reti bersyukur dan emak Adra pun, ntahlah tak faham aku apa jenis emak sanggup tinggalkan anak sendiri padahal Adra daripada perkahwinan yang sah.

overall, Noda sebuah novel yang menarik dan ada pengajaran yang cuba disampaikan,

**MY RATING: 3.5/ 5**

Beli Di Sini: Noda karya Aein Dhiyauddin (Love Novel Official)


“Aku tak nak duit. Aku nak dia kahwin dengan aku.” – Adra Najuwa

“Kau fikir aku akan suka kau yang kotor ni?” – Ilman Hadif

“Kau fikir aku nak sangat tolong kau? Hati ni dalam badan aku. Jadi suka hati akulah nak letak syarat apa.” – Adra Najuwa

Kerana hati, Adra tega menjadi orang ketiga dalam hubungan adiknya, Jannah dan Hadif.

“Aku setuju untuk nikah dengan kau.” – Ilman Hadif

Kerana hati juga, Hadif sanggup menerima perempuan kotor sebagai isteri. Kerana sayangnya terhadap sang tunang, dia sanggup mengorbankan dirinya menjadi suami Adra. Dia pasrahkan dirinya untuk reda atas nama cinta dan kasih sayang.

Sangka Hadif, tiada ruang di hatinya untuk Adra. Namun dia silap. Semakin hari, sayang dan cintanya semakin bercambah buat isteri yang dia benci. Kenapa cinta itu muncul kalau dia membenci?

Bagi Adra pula, perkahwinannya hanya kerana dendam. Namun hatinya berbisik mahu mencintai dan dicintai oleh Hadif. Sedangkan dia sedar dirinya tidak layak untuk lelaki itu. Noda dalam hidupnya menghalang dia untuk mengecap bahagia.

Mampukah Hadif terus membenci isterinya sendiri?

Adakah Adra akan merasai kebahagiaan?

Jannah pula, mampukah dia menerima semua ini dengan hati yang ikhlas?

Siapa pula Lucas yang sering meniti di bibir Adra?

Post a Comment

0 Comments