Title : Moving
Director : Park In Je
Screenwriter : Kang Full
Network : Disney+Hotstar
Release Date : 9 August 2023
Episodes : 20
Duration : 47 minutes
Genre : Action, Thriller, Mystery, Supernatural
Cast : Ryu Seong Ryong, Han Hyo Joo, Jo In Sung, Cha Tae Hyun, Lee Jung Ha, Go Youn Jung, Kim Do Hoon, Kim Sung Kyun, Kim Hee Won, Moon Sung Geun, Park Hee Soon, Kim Shin Rok, Shin Jae Hwi
SYNOPSIS:
Kim Bong Seok, Jang Hee Soo, and Lee Gang Hoon, seemingly typical high school students, bear extraordinary inherited powers. Bong Seok can fly, Hee Soo possesses exceptional athleticism and rapid injury recovery, and Gang Hoon wields uncanny strength and speed. As they conceal their gifts, their parents fight to shield them from exploitation by others, navigating a delicate balance between secrecy and protection.
First impression drama Moving sangat menarik dengan konsep superhero ala-ala citer Avenger dan macam Gifted pun ada juga mula-mula tu. Mengisahkan kehidupan tiga pelajar sekolah yang nampak normal tapi mempunyai kuasa luar biasa yang cuba disembunyikan dari pengetahuan orang lain.
Kisah bermula dengan Kim Bong Seok (Lee Jung Ha) yang boleh terapung so setiap hari ibunya, Lee Mi Hyun (Han Hyo Joo) akan memberikan dia pemberat supaya dapat mengawal kuasanya. Bong Seok kemudiannya rapat dengan pelajar baru di sekolah mereka iaitu Jang Hee Soo (Go Youn Jung).
Jang Hee Soo mempunyai target untuk mendapatkan biasiswa bagi menyambung pelajaran ke universiti. guru kelasnya menyarankan Hee Soo untuk jadi atlet sebab ujian fizikal dia bagus dan sejak hari itu dia mendapat keistimewaan untuk latihan.
Mereka berdua semakin rapat dan Hee Soo kemudiannya dapat tahu kuasa yang dimiliki oleh Bong Seok tapi dia tak terkejut pun sebab Hee Soo pun ada kuasa kebal yang membolehkan lukanya pulih dengan cepat.
Selain Jang Hee Soo dan Kim Bong Seok, ada seorang lagi pelajar di situ yang memiliki superpower iaitu Lee Kang Hoon (Kim Do Hoon), ketua kelas mereka yang mempunyai kekuatan luar biasa.
Plot dan jalan cerita semakin menarik dan misteri apabila muncul Frank seorang pembunuh kejam yang memburu ejen-ejen perisikan yang telah bersara. motif sebenarnya mahu memburu anak-anak kepada ejen tersebut yang kemungkinan besar mewarisi superpower daripada ibu bapa mereka.
NIS merasakan Frank dihantar oleh US untuk bersihkan semua ejen lama dari top secret mission. lagipun NIS dan US aware yang mereka sedang melatih special children untuk develop the next generation.
Frank kemudianya mati dibunuh oleh Jang Joo Won (Ryu Seung Ryong), ayah kepada Hee Soo. then tersingkaplah kisah yang berlaku kepada parent mereka.
Flashback ke tahun 90-an, dalam NIS ada special team yang diberi nama Black Team yang mempunyai hidden identiti tersendiri. Kim Doo Shik (Jo In Sung) antara ejen terhebat digandingkan dengan Jang Joo Won. Pertemuan Kim Doo Shik dan Lee Mi Hyun berlaku apabila Mi Hyun diarahkan oleh ketuanya iaitu Deputy Min untuk mendekati Kim Doo Shik dan mencari rahsia lelaki tersebut.
Dari situ hubungan mereka semakin rapat dan saling jatuh cinta. Kim Doo Shik dan Lee Mi Hyun kemudiannya bersara dari dunia perisikan dan membina keluarga mereka sebab tak mahu lagi menjadi alat yang dikawal oleh permainan politik kotor kerajaan. Kebahagian keluarga mereka dengan kehadiran Bong Seok tidak lama apabila mereka diburu oleh kerajaan. Kim Doo Shik ditangkap manakala Mi Hyun berjaya melarikan diri bersama anak mereka.
Dalam drama Moving, selain kisah mengenai anak-anak mereka, ada juga terselit kisah yang berlaku pada ibu bapa mereka, banyak flashback dan back story pada watak lain seperti keluarga Bong Seok, Lee Kang Hoon dan Jeon Gye Do (Cha Tae Hyun). Dari back story ni kita boleh faham kenapa parent jadi overprotective dengan menyembunyikan diri supaya anak-anak mereka tidak dipergunakan oleh kerajaan.
Konflik semakin memuncak apabila video Bong Seok, Hee Soo dan Kang Hoon menjadi viral di media sosial. Hal ini telah menarik perhatian North Korea dengan menghantar ejen-ejen rahsia mereka untuk menjejaki mereka bertiga.
Lee Mi Hyun dan Jang Joo Woo yang pergi ke sekolah untuk mendapatkan penjelasan daripada guru kelas anak mereka telah menemui banyak rahsia yang cuba disembunyikan oleh pihak sekolah. Dalam masa yang sama juga mereka berdepan dengan ejen-ejen North Korea yang mempunyai motif tersendiri dan memaksa mereka bertempur untuk melindungi anak-anak-mereka.
mula-mula rasa geram dan menyampah juga dengan ejen NK yang kejam ni rupa-rupanya mereka juga melalui nasib yang sama apabila kuasa mereka digunakan oleh kerajaan. kesimpulannya, orang atas sebenarnya yang ada motif tersembunyi dengan menjadi mereka yang mempunyai superpower sebagai alat untuk kepentingan kerajaan.
drama ni agak mengelirukan sebab banyak sangat watak dan flashback tapi secara keseluruhan, plot dan jalan ceritanya sangat menarik. kisahnya bukan sahaja mengenai anak-anak yang mempunyai keistimewaan luar biasa tapi juga kisah ibu bapa mereka yang dipergunakan oleh kerajaan menyebabkan parent mereka terpaksa hidup bersembunyi untuk melindungi anak-anak mereka daripada melalui nasib yang sama.
barisan pelakon dalam drama ni semuanya best dan mantap. paling best bila sampai scene Lee Mi Hyun dan Kim Doo Shik, suka sangat tengok chemistry Han Hyo Joo dan Jo In Sung.
ending drama ni macam nak hint ada musim seterusnya yang tak confirm dan tak tahu bila. tapi overall sis enjoy dengan watak dan jalan ceritanya.
2 Comments
patutnya moving ni buat dua season, 1 season untuk timeline sekarang, satu lagi history super agents. hopefully season 3 nanti ada banyak interaction bong seok dengan do-shik. bapak dia handsome teruk
ReplyDeletebetul, i tak suka sgt cite yg main banyak flashback macam, confius sgt.
Deletetak sabar nak tgk scene bongseok dgn dooshik. bapak dia jo insung kot memang hensem teruk la wei, anak pula comel..haha