His Code Name: Alpha by Elyshakaman | Book Review

His Code Name: Alpha by Elyshakaman

Novel : His Code Name: Alpha
Penulis : Elyshakaman
Helaian : 690
Penerbit : Idea Kreatif Publication
Terbitan : Disember 2023

Shopee: Novel His Code Name: Alpha by Elyshakaman


Review Novel His Code Name: Alpha

Lama juga menanti buku pre-order dari IKP, akhirnya sampai juga. antara karya popular di wattpad yang mendapat peluang untuk dibukukan. 

His Code Name: Alpha mengisahkan Dhia Raihana yang terjatuh hati pada kawan baik abangnya, Ehsan Eskandar. pelbagai cubaan dilakukan untuk mengorat tapi tak berjaya nak pecahkan kebekuan si Ehsan ni sehinggalah Dhia buat keputusan untuk give up bila tahu Ehsan sudah bertunang. 

baru ja nak move on lepas patah hati tiba-tiba eh si Ehsan pula buat perangai gedik nak mengorat dia balik tapi mereka terpaksa berpisah bila Ehsan ada tugasan sebagai anggota tentera di luar negara selama beberapa tahun. then mereka bertunang pastu ada tragedi hitam yang berlaku Dhia sampai Dhia nak putuskan pertunangan mereka tapi Ehsan tetap berkeras nak berkahwin sebab dah cinta punya pasal plus nak protect Dhia.

sejujurnya bila novel dari wattpad aku tak letak expectation yang tinggi sebab ada pengalaman yang tak best sebelum ini dan buku ni pun tak terkecuali. sebenarnya awal-awal lagi aku dah turn off dengan perangai si Dhia yang terlebih mengedik. pantang tengok kawan abang dia hensem, dia pun mulalah nak menggedik. 

aku mengharapkan ada progression pada watak Dhia supaya lebih matang dan nampak bijak tapi hurmm perangai mengalahkan budak tadika tak cukup umur. ingatkan lebih kahwin berubahlah tapi tak juga makin mengada-gada, nasiblah kau Ehsan terjatuh cinta dengan budak tak matang.

novel ni juga ada selit juga misi dan kerjaya Ehsan sebagai anggota tentera, seriusly aku tak faham satu habuk pun apa tugas si Ehsan ni. kejap kat UK, kejap kena pi Thailand tiba-tiba kat Malaysia. benda yang aku ingat, Ehsan ni tak habis masuk hospital. memang banyaklah babak keluar masuk hospital.

antara benda yang buat aku makin hilang fokus nak teruskan bacaan bila terlalu banyak watak sampingan yang tak penting cuba interframe. boleh tak fokuskan terus pada seorang atau dua sahaja watak villain, watak yang tak penting tak payah nak menyelit. sama juga dengan konflik yang tak penting tak payah nak selitkan semata-mata untuk tebalkan buku ni. penat tau.

ada yang cakap novel wattpad patut kekal di wattpad sahaja, novel ni pun sama juga patut kekal di wattpad sahaja. kesimpulan aku tak berjaya nak habiskan buku, sampai kat pertengahan terus give up dan main selak-selak je sebab nak tahu ending.

bagi aku, satu percubaan yang bagus untuk buku pertama penulis tapi banyak lagi benda kena improve dari segi plot dan cerita. so goodluck kepada penulis untuk karya seterusnya.

**MY RATING : 2.0/ 5**

Baca juga :

Cukup dengan satu pertemuan, jantung Dhia Raihana berdegup kencang. Kacak! Cukup lengkap pakejnya! Itulah gambaran seorang Ehsan Eskandar di mata Dhia. Penampilan kawan baik abangnya itu buatkan perangai gatal seorang Dhia Raihana muncul. Dia mula mengejar lelaki itu.

"Kau ni gila ke apa?” – Ehsan Eskandar.

“Gilakan abang Ehsan.” – Dhia Raihana.

“Boleh tak kau stop jadi budak-budak? Stop ganggu aku!"- Ehsan Eskandar.

"Kalau Dhia ganggu juga? Apa abang Ehsan boleh buat?"- Dhia Raihan.

Bila makin dikejar, lelaki itu makin menjauh, Dhia pasrah. Mungkin dia dan Ehsan tiada jodoh.

Tapi tatkala Dhia berhenti mengejar, hati Ehsan pula mula meronta-ronta. Dia mula sedar, hatinya memang mahukan Dhia. Dan akhirnya, dia mengorak langkah untuk memiliki.

"Awak dekat mana sekarang?" - Dhia Raihana.

"Somewhere. Tengah kerja cari duit untuk jaga kau nanti. Tunggu aku balik. Lepas dua tahun kita kahwin." – Ehsan Eskandar.

"Kalau saya terkahwin dengan lelaki lain?" – Dhia Raihana.

"Aku sanggup balik semula ke Malaysia. Kau hak aku. No one can take you away from me."

Mungkin bagi orang lain, semuanya nampak mudah. Tapi bagi Dhia, ia tidak mudah. Untuk menjadi isteri kepada Ehsan Eskandar, dia perlu kuat mental dan fizikal.

“Tak mudah untuk jadi isteri tentera. Apatah lagi tugas Ehsan tu agak berbahaya. Hidup dia, jiwa dia dan cinta dia semuanya telah diserahkan pada negara.” – Darwish.

Kuatkah seorang Dhia Raihana untuk menjadi isteri pada lelaki seperti Ehsan Eskandar yang sentiasa berdepan dengan bahaya?

Post a Comment

0 Comments