Castaway Diva (2023) | Review Drama Korea

Castaway Diva

Title : Castaway Diva
Director : Oh Choong Hwan
Screenwriter : Park Hye Ryun, Eun Yeol
Network : Netflix
Release Date : 28 Oct 2023
Episodes : 12
Duration : 1 hour 20 minutes
Genre : Comedy, Romance
Cast : Park Eun Bin, Kim Hyo Jin, Chae Jong Hyeop, Cha Hak Yeon,  Kim Joo Heon,  Bae Gang Hee, Shin Joo Hyup, Lee Seung Joon, Kim Min Seok

SYNOPSIS:
Mok Ha has always dreamt of becoming a singer. During middle school, however, she ends up on a deserted island where she manages to survive alone for over fifteen years. When she's finally rescued, she must adjust to a world that has changed dramatically in her absence.

While learning to navigate the complex social dynamics of modern society, Mok Ha is determined to achieve her dream of becoming a singer—and she will stop at nothing to make it happen.

Kisah Seo Mok Ha (Park Eun Bin) yang tinggal di sebuah pulau yang sangat meminati seorang penyanyi popular bernama Yoon Ran Joo (Kim Hyo Jin) dan mempunyai impian untuk menjadi penyanyi terkenal seperti idolanya.

Castaway DivA

Mok Ha rapat dengan rakan sekelasnya, Jung Ki Ho apabila dia meminta bantuan Ki Ho untuk merakam video pertandingan nyanyian yang dianjurkan oleh Yoon Ran Joo dan kemudiannya dia terpilih sebagai pemenang.

Pada mulanya Mok Ha menolak ujibakat yang diadakan di Seoul disebabkan situasi pada ketika itu. Actully Mok Ha jadi mangsa dera bapa dia, dah report polis pun langsung tiada tindakan yang diambil. Jung Ki Ho memahami keadaan Mok Ha apabila dia berkongsi nasib yang sama apabila membesar dengan bapa yang abusive so Ki Ho beritahu Mok Ha dia akan tolong Mok Ha keluar dari pulau tersebut kalau Mok Ha mahu mengejar impiannya.

Mereka membuat keputusan untuk lari bersama tapi bapa Mok Ha sempat kejar naik feri tersebut last sekali Mok Ha terjatuh dalam laut dan terdampar di sebuah pulau terpencil selama 15 tahun.

Castaway Diva (2023) | Review Drama Korea

Selepas 15 tahun, Mok Ha diselamatkan oleh Kang Woo Hak (Cha Hak Yeon) dan adiknya, Kang Bo Geol (Chae Jong Hyeop) yang menyertai aktiviti sukarelawan mengutip sampah di pulau-pulau terpencil. Wok Hak yang kesian dengan Mok Ha yang tiada tempat tinggal dan kenalan menawarkan tinggal di rooftop rumah keluarganya.

Mok Ha ambil masa sikit nak adapt dengan keadaan sekeliling dn society yang banyak berubah. Dalam masa yang sama dia cuba mencari Jung Ki Ho tapi tiada maklumat mengenai lelaki tersebut. Mok Ha juga masih tidak dapat lupakan idolanya jadi dia pergi support persembahan Yoon Ran Joo di sebuah festival kecil.

Castaway Diva (2023) | Review Drama Korea

Yoon Ran Joo ada masalah nodul pita suara dan tidak dapat menyanyi seperti dulu lagi selepas menjalani satu pembedahan yang dirahsiakan daripada peminat dan agensinya. Agensi dia pun dah abaikan dia bila dia tidak lagi menjadi lubuk emas mereka.

Mok Ha yang tahu masalah Yoon Ran Joo membantu menyanyi di belakang pentas membuatkan Yoon Ran Jaoo terharu apabila dia masih ada lagi peminat yang menyokong dirinya. Ran Joo juga teringat Mok Ha pernah menang video pertandingannya dulu so dia kesian bila tahu kenapa Mok Ha tak dapat menghadiri ujibakat dulu.  mereka kemudiannya menjadi rapat.

selepas itu, Ran Joo dapat tawaran satu rancangan yang menjemput penyanyi lama yang pernah mempunyai zaman kegemilangan. Disebabkan kondisinya, Ran Joo menolak tapi Mok Ha merasakan ini waktu yang sesuai untuk Yoon Ran Joo bangkit semula dan berjanji untuk menjadi manager dan membantu Ran Joo menyanyi di belakang pentas secara rahsia.

Castaway Diva (2023) | Review Drama Korea

Permulaan drama sangat menarik dan best jalan ceritanya. paling suka acting pelakon kanak-kanak yang bawa watak Seo Mok Ha dan Jung Ki Ho waktu muda. ada beberapa scene rasa sedih dan menangis dengan keadaan mereka yang mahu survive dan lepaskan diri dari bapa yang kaki pukul.

kalau tengok tajuk, memang fikir drama ni mengenai Seo Mok Ha yang gigih mencapai impiannya untuk menjadi penyanyi tapi banyak lagi plot lain selain Seok Mok Ha. mula-mul tu rasa best juga tapi bila sampai episod 9 terus rasa lemau nak habiskan drama ni sebab banyak benda yang tak berapa make sense buat aku agak terganggu.

Castaway Diva (2023) | Review Drama Korea

Lee Seung Joon membawa watak sebagai Jung Bong Wan seorang bapa yang psiko dan kaki pukul. Jung Bong Wan seorang polis yang dipandang mulia oleh masyarakat sekeliling sebab luarannya dia nampak baik tapi orang tak tahu dia ni kaki pukul.

selepas rancangan Jung Ki Ho untuk melarikan diri bersama Mok Ha gagal, Jung Ki Ho kemudiaannya membuat laporan menjadi mangsa penderaan bapanya hingga menyebabkan Bong Wan dibuang kerja. ramai kesian dengan Bong Wan dan yang mengutuk kata Jung Ki Ho seorang anak kurang ajar dan tak mengenang budi sebab orang tak tahu perangai sebenar Bong Wan.

then Jung Ki Ho berjaya melarikan diri dan berjaya bertemu dengan ibunya semula. selama 15 tahun itu, Bong Wan cuba menjejaki keluarga semula tapi tidak berjaya dan dia syak keluarga dia dah ubah nama. bila Bong Wan tahu Seo Mok Ha masih hidup, dia cuba menjejaki anaknya melalui gadis tersebut.

serius cakap watak ni tersangatlah psiko dan abusive, aku pun tak faham apa masalah pakcik ni gigih wei sampai habis tak putus asa cari keluarga dia. apa masalah dia sebenarnya pun aku tak faham.

Castaway Diva (2023) | Review Drama Korea

pada awalnya agak kesian juga dengan watak Yoon Ran Joo yang ditindas agensi  sendiri selepas popularitinya hilang. tapi itulah watak ni macam tak consistent.

actually Yoon Ran Joo penyanyi yang sangat popular dengan jualan album tertinggi. lepas tamat kontrak, dia decide untuk sign kontrak dengan manager dia, Lee Seo Joon (Kim Joo Heon) dan siap buat perjanjian kalau dia berjaya capai jualan album sebanyak 20 juta dalam masa 15 tahun, separuh syer company tersebut akan jadi milik dia.

Lee Seo Joon yang zero akhirnya berjaya membina agensi yang hebat berkat populariti Ran Joo tapi itulah bila dah kaya jadi tamak so dia tak nak bagi syer company jadi dalam tempoh tersebut dia cuba sabotaj Ran Joo termasuk cuba sailang show terbaru dan hentikan kesemua jualan album Yoon Ran Joo. bangsat kan si Lee Seo Joon ni.

Castaway Diva (2023) | Review Drama Korea

Yoon Ran Joo juga pernah bawa Seo Mok Ha untuk ujibakat tapi Lee Seo Joo tolak dengan alasan Mok Ha dah tua untuk sebut sebagai penyanyi. bila tengok Yoon Ran Joo ditindas agensi sendiri membuat Mok Ha mahu menjadi manager dan berazam untuk buat idolanya bangkit semula.

kalau awal-awal nampak Yoon Ran Joo kuat dan mahu bangkit melawan Lee Seo Joon tapi lepas tu nampak watak ni macam bodoh pula dok ikut kehendak Lee Seo Joon. Lee Seo Joon ada cakap dia tak nak Yoon Ran Joo jadi presiden syarikat sebab emak Ran Joo nak tengok anaknya jadi penyanyi tapi yang aku tak faham kenapa kau sailang tak bagi Ran Joo job langsung kalau bukan sebab tamak.

then ada lah something happen yang buat Seo Mok Ha viral dan ramai agensi berminat nak sain kontrak dengan dia tapi at the end dia pilih compana Lee Seo Joon juga sebab ada Yoon Ran Joo padahal dari awal dia dah tahu macam mana bangsat laki ni tapi kenapa kau buat keputusan bodoh juga. apa penulis drama ni cuba nak sampaikan sebenarnya.

Castaway Diva (2023) | Review Drama Korea

walaupun dari awal dah boleh teka siapa Jung Ki Ho tapi aku confius dan tak puas hati juga bila second hero dapat lebih banyak screentime daripada heronya. even chemistry N dengan Park Eun Bin lebih menyerlah dari Chae Jong Hyeop. sampai aku rasa better N je lah jadi heronya sebab watak dia lebih menyerlah kot.

screentime Bo Geol dengan Mok Ha sangat kurang sampai bila Bo Geol tiba-tiba buat confession rasa macam tak make sense sebab tak nampak interaction antara mereka berdua. time remaja tu pun diorang tiba-tiba rapat sebab plan nak lari dari rumah. waktu bila perasaan bunga-bunga cinta kalau aku nampak 15 tahun tu Bo Geol cari Mok Ha sebab rasa bersalah sebab idea lari dari rumah tu dari dia tapi Mok Ha jadi mangsa keadaan.

Castaway Diva (2023) | Review Drama Korea

drama ni best sebab lakonan dari barisan pelakonnya yang mantap. kredit juga pada pelakon kanak-kanak sebab watak diorang memang comel dan macam copy paste version yang dewasa.

plot dan jalan ceritanya sangat menarik tapi bagi aku lagi best kalau jalan ceritanya fokus pada perjalanan Seo Mok Ha untuk menjadi penyanyi selepas 15 tahun terdampar di pulau terpencil daripada fokus pada watak abussive dan toxic.

Baca juga : 

Post a Comment

0 Comments