Bitter Honey by Seri Maya | Book Review

Bitter Honey by Seri Maya

Novel : Bitter Honey
Penulis : Seri Maya
Helaian : 408
Penerbit : Alaf 21
Terbitan : Januari 2023

Review Novel Bitter Honey

at first bila baca sinopsis Bitter Honey, fikir banyak kali juga nak beli sebab buku ni bawa isu poligami sure lah stress tapi ramai yang review best takpelah kita merelakan diri untuk bikin galau.

permulaan cerita feeling dia rasa sweet dan baik lahai si Aidil ni sebab kemain lama crush dengan Hannah finally dapat juga bidadari syurga dia. Hannah seorang wanita yang ada impian yang besar dan Aidil tak pernah menghalang Hannah capai impian dia untuk bekerja dan belajar sampai PHD selepas berkahwin.

perkahwinan mereka selama 14 tahun bahagia dengan tiga cahaya mata iaitu Alani, Aqeela dan Ayda sehinggalah muncul orang ketiga dalam perhubungan mereka. mostly perempuan tak sanggup dimadukan tapi ada juga merelakan suami mereka berpoligami macam kes Hannah , perit untuk ditelan tapi demi anak-anak, dia rela Aidil berkahwin lain dengan Adeeba.

kalau awal-awal tu rasa Aidil seorang lelaki dan suami yang sempurna, bila dia tergoda dengan si deeba ni terus aku rasa nak hempuk je kepala mamat ni. lelaki yang cerdik pun akan nampak bodoh bila dia pilih untuk menduakan isterinya. so banyaklah ayat bangang yang menyakitkan hati keluar dari mulut si Aidil disebabkan nafsu kau pilih untuk menyakitkan hati isteri yang banyak berkorban untuk kehidupan kau selama ini.

lagi satu aku tak suka bila Aidil ni macam mempergunakan Hannah sebab Hannah ni lembut dan banyak berdiam diri, Hannah sanggup bertahan dan menurut permintaan Aidil demi kebahagiaan anak-anaknya.

lagi satu benda paling menyampah, perangai emak si Adeeba ni yang terlebih sudu dari kuah sepatutnya tegur anak sendiri caras laki orang tapi dia pula menyokong dan tak habis cucuk jarum.

macam-macam feeling baca buku ni tapi overall sebuah kisah yang menarik dan banyak pengajaran cuba disampaikan oleh penulis. kesimpulannya, bersyukur dengan nikmat yang diberi dan hargailah orang tersayang.

**MY RATING: 4.0/ 5**

Yang berminat boleh dapatkan di sini: Novel Bitter Honey karya Seri Maya (Karangkraff Mall)



Nurul Hannah seorang wanita yang bijak dan kerjaya menjadi keutamaannya. Dari SPM sehingga menjadi mahasiswi Ijazah Kedoktoran, satu demi satu kejayaan diraih. Namun keluarganya menerima lamaran daripada Aidil sedangkan perkahwinan dilihat sebagai ancaman kepada cita-citanya.

Aidil nekad untuk memperisterikan Hannah. Dia yakin Hannah ialah wanita yang dijadikan ALLAH daripada tulang rusuk kirinya. Jika tidak, mana mungkin perasaan cintanya terhadap wanita itu tidak pernah pudar.

Ternyata kesabaran dan ketulusan cinta Aidil berjaya mengubah Hannah. Cinta Hannah menjadi milik Aidil sepenuhnya. Biarpun begitu Aidil tidak pernah membiarkan Hannah melepaskan cita-citanya. Mereka berjaya dalam dunia profesional dan membina syurga cinta dalam perkahwinan.

Ketika segalanya kelihatan sempurna, takdir mencipta naratif berbeza. Hadir orang ketiga dalam hubungan mereka. Demi kebahagiaan anak-anak, Hannah tabahkan diri menerima wanita lain di dalam hidup Aidil. Namun sejauh manakah dia mampu bertahan? Adakah pengakhirannya sepahit hempedu atau semanis madu?

Post a Comment

0 Comments