My Dearest Part 1 (2023) | Review Drama Korea

My Dearest Part 1 (2023) | Review Drama Korea

Title : My Dearest (Part 1)
Director : Kim Sung Yong, Lee Han Joon
Screenwriter : Hwang Jin Young
Network : MBC
Release Date : 4 August 2023
Episodes : 10
Duration : 1 hour 20 minutes
Genre : Romance, Historical, Melodrama
Cast : Namkoong Min, Ahn Eun Jin, Lee Hak Joon, Lee Da In, Kim Yoon Woo, Choi Moo Sung, Kim Jong Tae, Kim Mu Jun, Park Jeon Yeon, Ji Seung Hyun, Park Kang Sub

SYNOPSIS:
A love-story between a noblewoman and a mysterious man who shows up in her hometown set in the 1600s during the Qing invasion. 

Yu Gil Chae is a pretty, bubbly, and a bit spoiled young lady who's called the 99 tailed fox of Neunggun-ri. She is also a bit of an outcast because other young ladies are jealous of her. They seem to think she's too straightforward and her behavior is inappropriate for a young lady, while young noblemen think highly of her. Gil Chae knows how to get men to fall for her but fails to capture the heart of the person she likes. 

Lee Jang Hyun is a mysterious man who suddenly appears in the Neunggun-ri social scene. Nobody really knows anything about him. Young nobles don't like him, but the elderly are wrapped around his finger. He's been dating around a lot, but he becomes curious about a certain 99 tailed fox, and one day, the said fox quite literally crash lands into his arms. 

Once war is brewing, the pair finds themselves separated before they could even start to make sense of their feelings.

My Dearest Part 1 (2023) | Review Drama Korea

My Dearest mengisahkan Yoo Gil Jae (Ahn Eun Jin) yang menyukai Nam Yeon Joo (Lee Hak Joo) seorang pemuda harapan kampung mereka tapi Yeon Joo jatuh cinta pada kawan baiknya, Kyung Eun Ae (Lee Da In) dan mereka merancang untuk berkahwin.

Suatu hari, Lee Jang Hyun (Namkoong Min) muncul dan tinggal di kampung mereka. Gil Jae tak suka dengan Jang Hyun sebab lelaki ni cakap tak berminat untuk berkahwin tapi sibuk mengurat anak dara orang. Mereka berdua selalu bergaduh, dalam masa yang sama hubungan mereka semakin rapat.

Episod awal-awal ni memang best, terhibur tengok scene mereka bergaduh. walaupun watak dalam drama ni rekaan semata-mata tapi jalan ceritanya berdasarkan peristiwa sejarah mengenai pencerobohan Qing ke atas Joseon sehingga tercetus perang menyebabkan rakyat merana.

Apabila tercetus perang, raja menyeru lelaki muda untuk menyertai tentera. Nam Yeon Joo dan pemuda lain di kampung Neunggun-ri menyahut seruan tersebut untuk menunjukkan taat setia kepada raja tapi Jang Hyun pula merancang melarikan diri so ramailah orang kampung yang hentam kata dia penakut.

My Dearest Part 1 (2023) | Review Drama Korea

Walaupun Jang Hyun nampak playful dan tak guna tapi sebenarnya dia bijak dan ada agenda tersendiri. Jang Hyun tak rasa askar bantuan yang terdiri dari golongan terpelajar akan berjaya sebab mereka ni tak biasa berperang, baru beberapa hari berlatih nak pergi perang dengan orang gasar.

bagi Jang Hyun kalau semua lelaki keluar berperang, siapa yang nak protect golongan wanita, anak kecil dan orang tua. ramai yang ingat Jang Hyun melarikan diri tapi dia cuba menyelamatkan rakyat yang diserang tentera Qing yang masuk ke kampung-kampung untuk mencuri barang berharga dan membunuh penduduk.

walaupun Jang Hyun tak mahu menyertai perang tapi at the end dia terlibat dengan perang juga secara tak sengaja dan kemudiannya menjadi spy untuk putera mahkota dengan menyelinap masuk ke dalam kem tentera Qing. Jang Hyun watak yang sangat sinis dengan raja dan kerajaan, apa yang dia buat bukan sebab nak bukti taat setia tapi untuk menyelamatkan rakyat Joseon. Selepas perang tamat, Jang Hyun mengikut putera mahkota yang menjadi tawanan di Qing.

My Dearest Part 1 (2023) | Review Drama Korea

serius cakap agak menyampah dengan raja dia. aku faham point dia semua orang nak protect dan berkorban untuk raja mereka sebab kalau raja jatuh, musnahlah negara. tapi apa yang raja mereka buat, nothing.

kalau tengok drama ni memang boleh nampak bertapa lemahnya sistem pentadiran raja dan kerajaan Joseon. nak protect diri pun tak mampu, nak perang lagilah tipis peluang nak menang sebab tiada bala tentera yang kuat nak dibandingkan dengan Ming, Qing dan Mongul.

akhir sekali raja dia terima juga cadangan dari pembesar untuk tunduk dan mengakui kedudukan pada Emperor Qing, dan hantar putera mahkotanya sebagai tawanan tanda pendamaian dan tamatnya perang. 

tapi itupun raja dia bukan terfikir cara nak bantu rakyat dia yang terkesan teruk, tak habis bitter dan sentap sebab merasakan rakyat dan pembesar pandang rendah pada dirinya sebab tunduk pada Qing. pastu dia syak putera mahkota dah berpaling tadah padahal anak dia menderita jadi tawanan.

My Dearest Part 1 (2023) | Review Drama Korea

Gil Chae, Eun Ae dan orang suruhan mereka sempat melarikan diri apabila tentera Qing menyerang kampung mereka. atas saranan Jang Hyun juga, Gil Chae berusaha pergi ke Pulau Ganghwa untuk berlindung. banyaklah rintangan mereka hadapi sehingga hampir terkorban nyawa.

Selepas perang tamat, Gil Chae dan keluarganya mengikut Eun Ae ke Hanyang sebab Nam Yeok Joo dilantik jadi pengawal kerajaan dan mahu berkahwin dengan Eun Ae di sana. Kegembiraan mereka tinggal ibu kota tak lama apabila Yeok Joo dipenjara dan harta mereka ditarik balik oleh kerajaan kerana Yeok Joo menolak permintaan raja yang mahu menghantarnya sebagai duta ke Qing.

Waktu ini hidup Gil Chae dan Eun Ae memang susah sampai terpaksa jual pakaian untuk beli beras tapi kehidupan mereka berubah apabila Gil Chae jadi businesswoman menjual pinggan mangkuk dan senjata yang dibuat sendiri oleh beberapa gelandangan yang pernah mempunyai kepakaran menempa.

My Dearest Part 1 (2023) | Review Drama Korea

watak Gil Chae memang best sebab nampak progression dia dari tak matang sampai jadi wanita yang kuat untuk protect keluarga dia. walaupun aku dah lama tak tengok drama Namkoong Min tapi dari dulu suka acting dia, dia punya emosi pun deliver dengan baik.

drama ni agak berat juga dengan konflik politik dan sangkut dengan peristiwa bersejarah tapi aku enjoy juga part romantik dalam drama ni sebab chemistry hero dan heroin dia memang best tapi itulah kat hujung-hujung macam bosan sikit sebab masing-masing banyak main tarik tali, so nak tahu ending dia happy ke tidak kena tengok yang part 2 pula.

Post a Comment

4 Comments

  1. Layan jg drama ni..x tahan tgk Gil Chae yg perasan lelaki suka kat dia..kwn Jang Hyun yg pandai nyanyi tu hensem..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang hensem tapi gay, geram pula tgk dia dok jeles..haha

      Delete
  2. part 1 ni marathon. pecah kepala jg laa nak faham konflik politik 2 negara ni.
    kalau nam goong min x mng daesang thn ni kite bako MBC🤣

    cpt tgk part 2. ke nk tggu habis dulu mggu dpn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahu lagi nak tengok bila yg part 2 tapi kena start layan juga takut ending tak best spoil mood i nanti..hehe

      Delete