Drama : Gadis Kretek (Cigarette Girl)
Pengarah : Kamila Andini, Ifa Isfansyah
Penulis Skrip : Tanya Yuson, Ratih Kumala, Kanya K. Priyanti, Ambaridzki Ramadhantyo
Siaran : Netflix
Tayangan : 2 November 2023
Episod : 5
Durasi : 60 minit
Pelakon : Dian Sastrowardoyo, Ario Bayu, Putri Marino, Arya Saloka, Ibnu Jamil, Sheila Dara Aisha, Tissa Biani, Nungki Kusumastuti, Ine Febriyanti, Rukman Rosadi, Verdi Solaiman, Tutie Kirana, Pritt Timothy, Dimas Aditya, Winky Wiryawan
Based on the book of the same name by Ratih Kumala, it is set against the backdrop of Indonesia's tobacco industry, which is closely intertwined with the country's history. The story is set in the 1960s and early 2000s, spanning two time periods with an estranged son searching for a girl from his father's past to fulfill the cigarette mogul's dying wish.
Diadaptasi dari novel Clove Girl karya Ratih Kumala, Gadis Kretek mengisahkan Lebas (Arya Saloka) yang mencari seorang wanita bernama Jeng Yah atas permintaan bapanya, Raja yang sedang sakit tenat.
Lebas pergi ke muzium rokok untuk mendapat maklumat mengenai Jeng Yah dan dari situlah dia bertemu dengan Dr Arum (Putri Marino) yang merupakan anak saudara Jeng Yah.
Melalui surat yang ditulis Jeng Yah, Lebas dan Arum mengetahui tentang impian Jeng Yah, percintaan antara Jeng Yah dan Soeraja dan tragedi yang mengubah kehidupan mereka. Arum juga mengetahui tentang rahsia yang disimpan oleh ibunya selama ini.
Jeng Yah atau Dasiyah (Dian Sastrowardoyo) adalah anak kepada tauke kilang rokok paling laris di pekan tersebut yang mempunyai impian untuk mencipta sendri perisa rokok sendiri dan memajukan lagi perniagaan milik keluarga mereka supaya mampu bertahan dan bersaing dengan jenama yang lain.
Namun Dasiyah tidak mempunyai peluang untuk pegang pengurusan kilang disebabkan golongan wanita dipandang rendah pada zaman 60-an, tugas wanita di kilang pada waktu itu cuma menggulungkan rokok. pastu ada pantang larang perempuan tak boleh masuk bilik rahsia membuat perisa nanti rokoknya jadi masam.
Ibu bapa Dasiyah mahu menjodohkan Jasiyah dengan Seno Ali (Ibnu Jamil) anak kepada perusahaan kilang kretek dengan harapan dapat membantu perniagaan mereka.
Dalam masa yang sama, Dasiyah semakin rapat dan bercinta dalam diam dengan Soeraja atau Raja (Ario Bayu) yang bekerja di kilang mereka. Raja tahu tentang bakat Dasiyah membuat perisa rokok dan selalu support Dasiyah.
ada sikit konflik yang berlaku bila hubungan Dasiyah dan Raja diketahui keluarga tapi disebabkan Raja juga Pak Idroes sedar dengan bakat anak perempuan dan memberi peluang kepada Dasiyah untuk membuktikan kebolehan serta merestui hubungan Dasiyah dan Raja.
tapi belum sempat Dasiyah dan Raja mencapai kebahagian mereka, ada tragedi yang berlaku yang mengubah sepenuhnya kehidupan mereka berdua.
watak Dasiyah digambarkan seorang gadis introvert yang mempunyai impian yang besar tapi terhalang dek pemikiran masyarakat pada waktu itu yang memandang rendah pada wanita bekerjaya. suka tengok lakonan Dian sebagai Dasiyah sebab boleh rasa emosi yang dibawanya melalui watak ini. bertuahnya Dasiyah sebab ada dua orang lelaki yang begitu mencintai dirinya.
tapi drama ni sedihlah, nangislah juga tengok. ingatkan aku akan menyampah dengan watak Raja tapi tidak, pendek cakap banyak halangan dan rintangan yang berlaku pada waktu tersebut menyebabkan cinta mereka tidak kesampaian.
plot dan jalan cerita Gadis Kretek menarik, suka tengok cinemtagrophy dan setting zaman 60 an dalam drama ni, sangat mantap. cuma satu benda yang aku tak berkenan bila terselit scene asmaradana tapi overall memang best dengan lakonan yang mantap dari barisan pelakonnya.
0 Comments