Miraculous Brothers (2023) | Review Drama Korea

Miraculous Brothers (2023) | Review Drama Korea

Title : Miraculous Brothers
Director : Park Chan Hong
Screenwriter : Kim Ji Woo
Network : JTBC/ Netflix
Release Date : 28 Jun 2023
Episodes : 16
Duration : 70 minutes
Genre : Mystery, Fantasy, Supernatural
Cast : Jung Woo, Bae Hyun Sung, Park Yoo Rim, Oh Man Suk, Lee Ki Woo, Kang Mal Geum, Seo Jae Hee, So Hee Jung, Jo Bok Rae, Ahn Nae Sang, Choi Deok Moon

SYNOPSIS:
A mystery drama about warm friendship and humanity unfolds when Dong Joo, a passionate young man who only has debts, meets Kang San. 

Yook Dong Joo is an aspiring writer with an ambitious dream of becoming a best-selling author someday. A disharmonious brotherhood begins when a mysterious unidentified boy, Kang San, falls into his life. Kang San has amnesia and can't even remember his own name, but he has the special ability to hear other people's hearts.

Miraculous Brothers (2023) | Review Drama Korea

Mengisahkan Yook Dong Joo (Jung Woo) yang bercita-cita mahu menjadi penulis namun belum berjaya menerbitkan sebarang buku. Untuk menyara kehidupannya, Dong Joo buat part time delivery dengan gaji tak seberapa dan tiba-tiba dia dapat tahu ibunya kena scam, serabut kepala nak fikirkan macam mana nak cari duit bayar hutang mak dia.

Dalam keadaan serabut memikirkan masalah hidupnya, Dong Joo tiba-tiba terlanggar seorang remaja lelaki yang entah muncul dari mana. Remaja tersebut dapat diselamatkan tapi koma dan identitinya tidak dapat dikesan pihak polis.

Dong Joo terjumpa manuskrip bertajuk God is Dead dalam beg remaja tersebut ketika mencari kad pengenalan dan merasakan manuskrip tersebut sangat menarik. pada masa itu, Dong Joo terdesak perlukan wang jadi dia buat keputusan untuk terbitkan manuskrip tersebut menggunakan namanya.

Miraculous Brothers (2023) | Review Drama Korea

Buku pertama Yoo Dong Joo mendapat sambutan dan menjadi bestseller dalam masa dua bulan diterbitkan. Kehidupan Dong Joo juga totally berubah hasil duit royalti yang dia dapat.

Namun tak lama selepas itu hidup Dong Joo tak tenang bila ada orang ceroboh masuk rumah dia, siap tinggalkan nota tulis yang manuskrip tersebut tak patut diterbitkan. pastu Detektif Park Hyeon Soo (Park Yoo Rim) beritahu kejadian yang berlaku dalam novel tersebut benar-benar berlaku sebab nampak persamaan dengan kes yang dia siasat.

So Dong Joo dalam diam cuba menyiasat dan benda mengejutkan bila kejadian dalam novel tersebut adalah berdasarkan peristiwa pembunuhan yang berlaku 27 tahun yang lalu.

Miraculous Brothers (2023) | Review Drama Korea

Remaja yang diselamatkan oleh Dong Joo adalah Kang San (Bae Hyun Sun). Selepas dua bulan Kang San tersedar dari koma dan telah hilang ingatan pastu dia dapat special power yang boleh nampak kesengsaraan orang lain dan boleh teleport.

Kang San langsung tak ingat apa-apa termasuk namanya sendiri sampailah dia terjumpa kawan lama dia barulah dia boleh ingat kembali. tapi waktu ni dia terkejut sebab dia baru tahu yang dia datang dari tahun 1995 lompat ke masa sekarang.

Miraculous Brothers (2023) | Review Drama Korea

Dua episod pertama agak menarik juga jalan ceritanya sebab penuh persoalan dan misteri terutama sekali mengenai identiti Kang San, macam mana dia boleh dapat superpower dan apa yang berlaku pada Kang Sang sebelum dia melompat ke masa depan.

penulis drama ni saja je nak pancing penonton dengan elemen fantasi sebab mostly jalan ceritanya bukan pasal kuasa si Kang San ni tapi misteri kes pembunuhan yang berlaku 27 tahun lepas yang cuba ditutup oleh pihak tertentu mengunakan pengaruh mereka.

jujur cakap agak susah aku nak masuk dengan jalan cerita sebab Yoo Dong Joo sebagai watak utamanya terpaling annoying, itu belum lagi sembang bab polis yang tak habis korup dan tak reti buat kerja. detektif perempuan ni pun sama naik dia punya annoying.

Miraculous Brothers (2023) | Review Drama Korea

ok sis faham bila Dong Joo terbitkan manuskrip sebab terdesak perlukan duit tapi bila tahu hal sebenar dia tak cuba betulkan keadaan langsung. paling geram bila dia tahu siapa sebenar Kang Sang dan Kang Sang datang dari masa lalu, dia boleh suruh si Kang San lupakan masa lalu dan teruskan hidup siap suruh Kang San pilih nama lagi padahal kau dah tahu identiti si Kang Sang. ya ampun geram gila kot dengan alasannya dia tak nak hidup susah macam dulu lagi.

Dia memang siasat semua benda dan simpan kebenaran seorang diri langsung tak beritahu kawan baiknya atau polis. serius cakap watak ni bangsat loser betul. paling annoying bila dia marah-marah tengking orang.

pastu kat hujung-hujung kaulah terpaling hero bongkar pita video yang dicari oleh semua orang selama ini macam nak cakap polis dalam cerita ni memang tak reti buat kerja. yes memang tak reti buat kerja pun kalau tidak takdelah kes ini tangguh sampai 27 tahun padahal ada saksi dan bukti.

Miraculous Brothers (2023) | Review Drama Korea

Kes yang berlaku 27 tahun lalu melibatkan empat remaja dari keluarga berpengaruh yang telah membunuh seorang gelandang dan mencampak mayatnya ke dalam tasik. Biasalah bila melibatkan orang kaya ini guna duit untuk tutup kes tersebut.

tapi ada seorang pelajar sekolah yang menjadi saksi dan mempunyai bukti cuba memberitahu pihak polis. malangnya polis tu korup dan remaja tersebut juga terpaksa menghilangkan diri sebab nyawanya terancam.

so remaja ini sebenarnya yang menulis manuskrip tersebut dan cuba untuk membalas dendam pada empat orang individu tersebut yang kini merupakan individu ternama dalam bidang masing-masing. 

so ada kisahnya juga macam mana manuskrip tersebut jatuh ke tangan Kang San seterusnya dapat ke Dong Joo.

Miraculous Brothers (2023) | Review Drama Korea

susah nak masuk dengan drama ni sebab menyampah dengan Dong Joo, aku tak nampak benda positif pada watak utama ni yang boleh dijadikan pengajaran cerita melainkan kat hujung-hujung bila dia minta maaf dengan kesalahan yang dia buat. 

misteri kes pembunuhan takdelah complicated sebab dari awal dah boleh teka apa yang terjadi dan jadi bosan bila terlalu meleret nak diselesaikan oleh pihak polis pastu dia melalut dengan kes ajaran sesat, penat nak hadam sebab banyak sangat watak dan subplot. penat nak habiskan juga pastu main lompat-lompat je tengok sebab rimas dengan watak yang tak berapa cerdik.

Post a Comment

0 Comments