Doona (2023) | Review Drama Korea

Doona (2023) | Review Drama Korea

Title : Doona!
Director : Lee Jeong Hyo
Screenwriter : Jang Yoo Ha
Network : Netflix
Release Date : 20 October 2023
Episodes : 9
Duration : 50 minutes
Cast : Bae Suzy, Yang Se Jong, Ha Young, Park Se Wan, Kim Do Wan, Kim Min Ho, Joo Yeon Woo, Baek Ji Hye, Lee Chan Hyung, Lee Jin Wook, Go Ah Sung

SYNOPSIS:
Doo Na, a member of the girl group Dream Sweet, suddenly left the group one day and ends up living in the same share house as Won Jun, a college student. Doo Na mistakes him for being her sasaeng fan, and Won Jun does not know who she is. They become curious about each other.

Doona (2023) | Review Drama Korea

 Mengisahkan Lee Won Jun (Yang Se Jong) seorang pelajar universiti yang berpindah ke sebuah rumah sewa berdekatan universitinya. Won Jun bertemu Doona (Suzy) yang tinggal di tingkat bawah rumah tersebut. pada mulanya Won Jun tak kenal Doona pastu baru dia tahu Doona bekas anggota kumpulan Dream Sweet yang terkenal.

Doona lebih suka menyendiri tapi lepas bertemu Won Jun, dia suka kacau Won Jun sampailah mereka jadi rapat dan bercinta.

Doona (2023) | Review Drama Korea

Lee Won Jun seorang pelajar cemerlang dan baik hati. waktu zaman sekolah dulu, Won Jun berkawan baik Kim Jin Joo (Ha Young) dan dalam diam dia menyimpan perasaan pada Jin Joo. pastu bila luah perasaan kena reject, frust juga dia sampai lost contact dan kemudian mereka bertemu semula apabila belajar di universiti yang sama.

bila bertemu balik mereka kekal jadi kawan baik tapi Jin Joo dah start bagi hint yang dia pun suka kat Won Jun. waktu ni Won Jun terus reject Jin Joo sebab dia dah start suka kat Doona.

Doona (2023) | Review Drama Korea

bila Doona mengambil keputusan untuk berehat dari dunia glamor, ramai peminat yang kecam dia. kisah hidup dia pun agak tragis juga sebab ada keluarga yang porak peranda dan kena tanggung hutang mak dia.

Won Jun banyak mengubah Doona tapi baru je nak bahagia dengan hubungan cinta dia, Doona dapat tahu dia kena bayar pampasan dengan jumlah yang besar dan hidup dia akan musnah kalau kes ini diheret sampai ke mahkamah. 

Park In Wook (Lee Jin Wook) yang merupakan bekas manager Doona bagi tawaran untuk Doona kembali aktif semula sebagai penyanyi solo dengan syarat lupakan hubungan dia dengan Won Jun dan fokus pada kerja.

Doona (2023) | Review Drama Korea

actually Lee Jin Joo dari awal lagi suka pada Lee Won Jun tapi dia tak yakin hubungan dia akan berjaya sebab keluarganya. Lee Jin Joo nampak macam gembira je tapi sebenarnya bapa dia jenis yang control semua benda dalam hidup dia.

Sampailah Jin Joo decide untuk berpindah keluar dari rumahnya dan hidup berdikari. Jin Joo juga rapat dengan Doona tapi dia cemburu bila tengok Doona dan Won Jun makin rapat. bila nak luahkan perasan dah terlambat sebab Won Jun dah suka Doona.

Doona (2023) | Review Drama Korea

menarik juga jalan ceritanya, walaupun watak masing-masing nampak happy dan perfect tapi ada struggle mereka sendiri. hubungan cinta mereka akan berjaya bila mereka berusaha untuk kekalkan hubungan tersebut.

drama ni bagi aku happy ending bila Doona confront Won Jun selepas lama mereka terpisah tapi kat penghujung director bagi open ending untuk penonton buat conclusion sendiri. overall sis enjoy sebab suka chemisry Suzy dengan Yang Se Jong.

Baca juga : 

Post a Comment

1 Comments

  1. kurusnya suzy... bilalah nak dapat body gitu..hahaha... dalam mimpi pun tak mampu rasanya

    ReplyDelete