Title : Bright Eyes In The Dark
Director : Tian Yi
Screenwriter : Liu Hong Yan
Network : iQIYI
Release Date : 19 September 2023
Episodes : 40
Duration : 45 minutes
Cast : Johnny Huang, Zhang Jing Yi, Tang Xiao Tan, Zhang Jin, Lu Si Yu, Li Ming Jung, Chen Kang, Wang Zi Qi, Xiang Yu Xing, Jenny Zeng, Zhang Li He
SINOPSIS:
Lin Lu Xiao possesses exceptional firefighting skills and extensive experience. He is the head of the Special Operations Station on Heping Road in Beixun City. By a twist of fate, he is chosen to become an instructor for a reality show aimed at promoting firefighting knowledge. During the show, Lin Lu Xiao coincidentally encounters Nan Chu, a dancer he had rescued from a fire years ago. Nan Chu develops a fondness for Lin Lu Xiao, but he keeps his distance due to the inherent dangers of his profession.
Bright Eye in the Dark mengisahkan Lin Lu Xiao (Johnny Huang) seorang anggota bomba di balai bomba Heping Road di Beixian City. Lu Xiao sangat passion dengan kerja dia so tak hairan dalam usia yang masih muda dia berjaya jadi ketua di balai bomba tersebut.
Suatu hari ada stesen tv yang berminat untuk terbitkan program realiti mengenai anggota bomba bertajuk Flaming Youth dan Lu Xiao ditugaskan untuk menjadi coach kepada peserta program tersebut. waktu ni dia terjumpa dengan Nan Chu (Zhang Jing Yi). dalam diam mereka semakin rapat.
Nan Chu seorang dancer tapi disebabkan kelab tariannya ada masalah kewangan, Nan Chu membuat keputusan untuk sain kontrak jadi artis dengan satu agensi ni untuk membantu kelabnya.
Flaming Youth penampilan sulung Nan Chu sebagai artis dan populariti dia terus melonjak naik. Hal ini menimbulkan rasa cemburu pada seorang pelakon lain bila Nan Chu sebagai pendatang baru dapat spotlight lebih tapi rancangan ni kena cancel sebab ada guest artis buat hal dan calarkan imej bomba.
Selepas itu Nan Chu memberi tumpuan kepada dunia lakonan dalam masa yang sama hubungannya semakin rapat dengan Lu Xiao dan dia dapat tahu Lu Xiao merupakan ahli bomba yang menyelamatkan nyawanya dalam satu kebakaran lima tahun lepas. Mereka bercinta walaupun masing-masing sibuk dengan kerjaya sendiri sampai tak ada masa untuk berjumpa.
Bright Eyes In The Dark sebuah drama yang memberi fokus pada kerjaya seorang ahli bomba, drama ni ada banyak watak dan banyak juga subplotnya. watak Jiang Ge lakonan Tang Xiao Tan merupakan anak orang kaya yang tak ada hala tuju kemudiannya bapa dia suruh Jiang Ge jadi penerbit Flaming Youth.
mula-mula Jiang Ge agak sombong tapi lepas satu insiden, dia sendiri nak join jadi member dalam Flaming Youth dan ending drama ni dia jumpa hala tuju untuk jadi seorang ahli bomba.
Jiang Ge dengan Nan Chu dan Lin Qi pada mulanya tak ngam sebab ada insiden yang terjadi antara mereka di luar negara. tapi lepas tu mereka bertiga jadi kawan baik dan Jiang Ge juga tolong Lin Qi bina kerjaya dia.
Lin Qi (Zhang Ling He) merupakan adik kepada Lin Lu Xiao dan kawan baik Nan Chu. bila tahu Nan Chu couple dengan abangnya memang dia support habis hubungan mereka berdua.
Lin Qi lebih berminat untuk menjadi seorang violinist dari ikut jejak langkah abang dan bapanya menjadi bomba. kesian juga dia kena scam dengan agensi dengan kontrak mengarut tapi nasib baik Jiang bantu dia sebab Jiang Ge suka dengan muzik Lin Qi dan mereka berdua berkawan baik.
Lou Ming Ye (Wang Zi Qi) menjadi director baru di balai bomba Heping Road menggantikan director lama yang ditimpa kemalangan. Lou Ming Ye sebenarnya kawan baik Lu Xiao tapi mereka tak sependapat dan membawa haluan masing-masing.
Lou Ming Ye sangat obses dengan peralatan moden yang canggih dan sangat tegas sehinggakan anak buah dia tak suka dengan cara dia tambah pula dia buat sistem competition yang menyebabkan berlaku konflik antara anak buah dia.
sebenarnya Lou Ming Ye ada misi dan visi yang bagus supaya keselamatan anggota bomba semasa bertugas lebih terjaga tapi itulah cara dia tak berapa nak kena. after that dia belajar dari kesilapan dan tahu semangat berpasukan itu lebih penting.
subplot dan watak dalam drama ni banyak juga sampai aku jadi agak confius nak ingat nampak diorang. bagi aku plot dia menarik tapi agak slow pastu ada part yang aku tak suka terutama sekali bila masuk scene artis dalam circle Nan Chu mesti akan create problem untuk bagi konflik pada bomba.
tak suka sangat bila Xu Zhi Yi dan seorang guest artis yang tak habis buat masalah. kalau sekali boleh terima lagi tapi setiap kali kau nak buat kontroversi dan ambil kesempatan pastu tuduh anggota bomba tak bertanggungjawablah semasa bertugas. padahal bukti dah ada sepatutnya geng atasan bomba bertegas sikit saman ke apa individu macam ni sebab dah mencalarkan imej mereka. nyampah pula bila watak yang sama berulang kali buat masalah.
tahun ni banyak chinese drama yang menceritakan kehidupan ahli bomba. kalau drama Fireworks Of My Heart dan A Date With The Future jalan ceritanya lebih ringan dan banyak juga fokus pada percintaan tapi Bright Eyes In The Dark lebih fokus pada kerjaya dan tugas anggota bomba, konflik dalam kehidupan mereka dan semangat setia kawan mereka.
part romance dalam drama ni tak banyak sangat pun plus kerjaya seorang ahli bomba dan pelakon sangat sibuk dan tak ada masa untuk berjumpa. konflik dalam hubungan memuncak bila kerjaya Nan Chu baru nak naik kena pula himpit dengan kontroversi cinta sampai masing-masing untuk berpisah sekejap.
drama ni sebenarnya open ending tapi bagi aku ending dia sedih tapi tapi aku nak ending yang klise yang happy haha sebab suka tengok chemistry Nan Chu dengan Lin Lu Xiao. apa yang aku boleh conclude Bright Eyes In The Dark nak cerita tentang pengorbanan hero yang tak didendang.
Baca juga :
0 Comments