Drama : Ripin Mugha Batu
Produksi : Kalamariff Holdings Sdn Bhd
Pengarah : Sabri Yunus
Siaran : TV2
Tayangan Asal : 15 Ogos 2019
Episod : 13
Pelakon : Wan Hanafi Su, Sabri Yunus, Asrul Faizal, Laila Nasir, Kuna, Sasqia Dahuri, Issey Fazlisham, Saidi Sabri, Pokku Redang, Nazeera Sardi, Arjuna Sukma, Bea Rameshan, Fatin Nabila Mokhtar
Diinspirasikan daripada novel Jogho Yang Tewas, karya Rohani Deraman mengetengahkan cabaran yang dihadapi oleh seorang tukang karut atau Tok Juara dalam menjayakan kumpulan Dikir Barat juga usaha dilakukan dalam menangani pelbagai masalah dalam kumpulannya dan keluarganya.
Drama Ripin Mugha Batu pernah memenangi anugerah dalam kategori Pelakon Wanita Telenovela Terbaik menerusi pelakon Laila Nasir dan Pelakon Lelaki Telenovela Terbaik yang dimenangi oleh Asrul Faizal.
Sinopsis Drama Ripin Mugha Batu
Mengisahkan Aripin yang mempunyai dua orang isteri, Mek Nab dan Mek Siah yang sering iri hati dan bermusuhan. Aripin juga mempunyai seorang anak dengan Mek Nab bernama Setopa namun hubungan mereka dingin kerana isteri Setopa iaitu Syura tidak suka mendengar Dikir Barat.
Syura menganggap bahawa orang-orang kampung menggunakan Dikir Barat untuk menyindir dan menceritakan hal peribadi orang lain sewenang-wenangnya.
Hubungan Ripin dengan Setopa semakin meruncing sehingga jarang menemui ayahnya walaupun selalu pulang ke kampung menguruskan perniagaan kereta terpakai miliknya. Setopa hanya menemui Mek Nab ketika Ripin tiada di rumah. Hal ini menyebabkan Ripin semakin tertekan kerana kecewa dengan sikap anaknya itu.
Pelakon Ripin Mugha Batu
- Wan Hanafi Su sebagai Ripin
- Sabri Yunus sebagai Seman
- Asrulfaizal sebagai Setopa
- Laila Nasir sebagai Mek Nab
- Kuza sebagai Mek Siah
- Kuna sebagai Mek Lijah
- Sasqia Dahuri sebagai Marini
- Issey Fazlisham sebagai Husni
- Saidi Sabri sebagai Azli
- Bea Rameshan sebagai Faikah
- Nazeera Sardi sebagai Syura
0 Comments