RIOT! (Astro Premier) | Sinopsis Drama dan Barisan Pelakon

RIOT! (Astro Premier) | Sinopsis Drama

Astro sekali lagi mencabar norma naratif industri hiburan dengan mempersembahkan ‘Riot!’, drama siri premium Astro Originals terkini terbitan Astro Shaw. Siri kali ini mempaparkan barisan pelakon generasi muda yang menunjangi penceritaan diinspirasikan daripada peristiwa yang memang berlaku di negara kita menerusi pendedahan sisi-sisi gelap di sebalik kes-kes gangguan seksual di kalangan remaja.

Pelanggan Astro boleh strim drama premium ‘Riot!’ lebih awal di platform On Demand bermula 22 September, 12.00 tengah malam atau di saluran baharu Astro Premier (Saluran 410) pada hari yang sama, jam 9.00 malam. 

Saluran Astro Premier akan menghimpunkan kesemua drama premium dari Astro Originals yang dikenali sebagai pembikin kandungan-kandungan berkualiti tinggi yang memberikan penceritaan menjangkau luar jangkaan para penonton, termasuklah drama premium dari platform Cina dan India, serta daripada platform OTT lain.

RIOT! (Astro Premier) | Sinopsis Drama

Info Drama RIOT!

  • Pengarah : Shamyl Othman
  • Penulis Skrip : Rafidah Abdullah, Suzanne Ong, Khairi Anwar, Anwar Hadi
  • Siaran : Astro Premier (410)
  • Mula Tayangan : 22 September 2023
  • Masa : Jumaat | 9.00 Malam
  • Episod : 10

Sinopsis Drama RIOT!

Dengan membawakan tagline “Rebel with a cause’, RIOT! menceritakan kisah fiksyen sebuah band, Langkah Mayat yang memainkan muzik protes untuk menyuarakan keadilan untuk mangsa-mangsa ketidakadilan di kampus mereka. 

Penyanyi utama mereka, Sal (Nelissa Nizam) yang merupakan mangsa gangguan seksual oleh pensyarahnya bersama-sama rakan seperjuangannya Feeqi (Mia Sara), Kristy (Tami Anadan) dan Wid (Aniq Durar) berhasrat untuk memainkan lagu-lagu mereka untuk membawa kesedaran mengenai isu gangguan seksual.

Namun, setiap ahlinya mempunyai kisah tersendiri serta masa lampau yang gelap. Dalam perjuangan mencari keadilan, mereka berdepan dengan pelbagai kejutan dan rahsia gelap yang menguji bukan hanya persahabatan mereka, tetapi juga diri mereka yang sebenar. 

Menerusi penceritaan yang penuh dengan perasaan dan dramatik, isu-isu taboo seperti gangguan seksual serta tindakan berbentuk silencing victims dikupas secara mendalam terutamanya impak atau kesan terhadap mangsa

RIOT! (Astro Premier) | Sinopsis Drama

Barisan Pelakon RIOT!

Nelissa Nizam, Mia Sara Shauki, Tami Anadan, Aniq Durar, Rashidi Ishak, Iedil Dzuhrie Alaudin, Amanda Ang, Sue Tan, Nasir Alaydrus, Megat Adli, Che Puan Sarimah Ibrahim, Uyaina Arshad, Rahim Omar dan Dee Dee A’iene, Altimet, Suki Low,  Awal Ashaari.

OST/ Lagu Tema RIOT!

Lagu-lagu runut bunyi ‘Riot!’ dihasilkan oleh Khairil Ridzwan Annuar atau LoQue, antara penyanyi dan komposer tersohor negara yang turut merupakan pengarah muzik skor siri ini. Antara lagu-lagu yang dipaparkan adalah ‘Langkah Mayatku Dulu’ yang merupakan lagu tema utama siri ini, ‘Kurang Ajar’, ‘Hidup Hidup’, ‘Ini Masa Kita’, ‘Kita Semua’ dan ‘Sandiwara’.

RIOT! (Astro Premier) | Sinopsis Drama

Saksikan ‘Riot!’ menerusi Astro Premier (Saluran 410) pada 22 September 2023 pada jam 9 malam setiap hari Jumaat. 

Saluran Astro Premier adalah percuma untuk semua pelanggan Astro bermula 18 September 2023 sehingga 1 Februari 2024. Strim episod baharu ‘Riot!’ awal menerusi On Demand pada setiap jam 12 tengah malam pada hari yang sama menerusi Astro Box dan Astro GO. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, TikTok, Facebook, X , Astro Gempak dan Astro Shaw.

Post a Comment

0 Comments