Remuk (TV3) | Review Telefilem

Remuk (TV3) | Review Telefilem

Telefilem : Remuk
Produksi : P&D Pictures
Pengarah : Mohd Fazli Yahya
Penulis Skrip : K. Adlie
Siaran : TV3
Tayangan : 4 Jun 2019
Durasi : 1 jam 30 minit
Pelakon : Shukri Yahaya, Saharul Ridzwan, Nabila Huda, Wan Sharmila, Fauziah Nawi, Sabri Yunus, Nur Qistina Raisah, Esma Daniel, Riz Amin, Meor Mohd, Ainin Batrisya, Keisha Laila, Haris Ismail

SINOPSIS:
Zakuan seorang warden penjara terpaksa bertugas pada Hari Raya. Remuk hati isteri Zakuan kerana Zakuan lebih mementingkan tugas.


Remuk mengisahkan Zakuan (Saharul Ridzwan) yang bertugas sebagai warden penjara berdepan cabaran apabila Zamri (Shukri Yahaya) yang menjadi tahanan di bawah jagaannya sering memberontak dan bergaduh dengan banduan lain kerana tidak dapat menerima hakikat dipenjara atas jenayah yang dilakukannya.

Remuk (TV3) | Review Telefilem

Zamri seorang suami dan bapa yang baik mencari nafkah untuk keluarganya. Oleh kerana anaknya, Nurul (Qistina Raisah) mempunyai masalah jantung, Zamri sering berdepan dengan masalah kewangan sehingga dia membuat keputusan untuk meminjam wang daripada Hussin (Riz Amin).

Malangnya Hussin mahu merogol isterinya, Lia (Wan Sharmila) kerana Zamri tidak mampu melangsaikan hutangnya. Hal ini menyebabkan Zamri dijatuhkan hukuman penjara kerana membunuh Hussin.

Zamri tidak dapat menerima hakikat dan sering menyalahkan takdir kerana merasakan dirinya tidak bersalah dan perbuatannya itu untuk melindungi isterinya dari dinodai. Zamri sering melakukan masalah di dalam penjara walaupun sudah beberapa kali ditegur oleh Zakuan dan warden yang lain.

Remuk (TV3) | Review Telefilem

Selain berdepan dengan cabaran sebagai warden penjara, Zakuan juga dalam dilema antara tanggungjawab kepada tugas  dan keluarganya.

Sepanjang perkahwinannya dengan Aishah (Nabila Huda), Zakuan tidak pernah berpeluang beraya bersama keluarganya pada 1 Syawal. Aishah seorang isteri yang memahami tugas suaminya namun ada kalanya dia tetap terasa apabila ada sanak saudara yang menegur dia balik beraya tanpa suami.

Pada raya tahun ini, Zakuan gembira apabila mendapat cuti untuk pulang beraya ke kampung namun dek kerana kekurangan anggota dan Zamri yang membuat masalah, Zakuan dipanggil bertugas semula untuk menjaga Zamri yang dimasukkan ke hospital.

Remuk (TV3) | Review Telefilem

tak tahulah kalau telefilem Remuk dari kisah benar atau tidak tapi jalan ceritanya sangat sedih lahai. scene Zamri buka cerita kisah hidupnya pada Zakuan pun dah start sedih. tapi itulah Zamri ni tak boleh terima takdir dan suka buat masalah, kesian pada Zakuan nak handle sebab Zamri ni dah jadi tanggunggjawab dia dalam penjara tersebut.

sis expect yang Zamri akan berubah tapi tak expect ending dia sedih giler bhai, sedih kuasa dua. sudahlah ada dua watak utama dan dua kisah tapi kedua-duanya ending sedih wei. kesian giler kat Zakuan baru je nak happy dapat balik raya tapi kesedihan yang menantinya. APA NI???!

apa-apa pun best juga jalan cerita tapi jadi sedih dan remuk hati bila pelakon utama dia best dan boleh deliver watak dan dialog mereka dengan baik sekali.

Baca juga : 

Post a Comment

0 Comments