Her Chosen Imam by Cik Mardiah | Book Review

Her Chosen Imam by Cik Mardiah | Book Review

Tajuk : Her Chosen Imam
Penulis : Cik Mardiah
Helaian : 487
Penerbit : Aha Publication
Terbitan : Januari 2023

SINOPSIS:
Kau jawapan kepada doaku…

Seumur hidup, Nerissa tak pernah menyangka bahawa dia akan jatuh cinta kepada seseorang yang dipanggil ‘ustaz’. Dia yang keluar masuk kelab malam, tudung pun sekejap pakai sekejap tidak akhirnya tersungkur kerana seorang ustaz? Seriuslah!
Nerissa punya suka, bukan calang-calang punya suka. Dia punya suka sampai buat hidup pegawai tentera berpangkat leftenan itu kacau-bilau dengan kehadirannya. Tapi, Nerissa peduli apa? Yang dia tahu, ustaz handsome itu harus menjadi miliknya.

“Nerissa, tak elok kalau…” - LEFTENAN UZAIR YUSUF.

“Alah, ustaz. Relakslah. Bukan saya duduk dekat dengan ustaz pun. Bukannya kita duduk kat tempat tersorok. Tak ada maknanya kalau dia orang nak tuduh kita buat benda tak elok,” - NERISSA.

Katalah dia itu perigi mencari timba sekalipun, Nerissa langsung tak kesah! Kalau timba tak sudi mengejarnya, apa salahnya kalau dia yang perigi mengejar si timba? Lantas, melalui orang tuanya, Nerissa menghantar pinangan buat ustaz muda itu. Tapi malangnya, pinangannya itu ditolak!

Namun begitu, Nerissa tetap menyimpan segunung harapan. Tapi, sampai bila dia perlu menanti sementelah lelaki itu pernah menolak pinangan keluarganya? Ditambah pula dengan kewujudan seorang doktor muda bernama Tia yang turut menyimpan perasaan pada Uzair. Mahu dibandingkan dia dengan Tia, tentulah Tia lebih layak untuk lelaki sebaik Uzair.

Dan sehingga pada akhirnya, Nerissa tersedar. Seorang imam pilihan seperti Uzair terlalu mahal untuk dimiliki oleh perempuan biasa-biasa sepertinya.

“Don’t you want to fight for your love?” - NASEEM.

Mungkin tidak. Hikayat cinta si perigi mencari timba sudah berakhir seiring dengan rasa kecewanya. Nerissa… signing off!


Review Novel Her Chosen Imam

Mengisahkan Nerissa, gadis lulusan negara yang terpengaruh dengan budaya luar dan suka berparti. satu hari, emak dia ajak dengar ceramah dan bila terpandang ustaz muda bernama Uzair terus jatuh cinta. kebetulah pula Uzair kawan baik abangnya so dikorek cerita dan tahu Uzair berkhidmat dalam angkatan tentera.

buku ni mengingatkan aku dengan cerita Sayangku, Kapten Mukhriz sebab hero dia ustaz tentera. suka watak heroin ni sebab gigih kejar ustaz Uzair tapi takdelah nampak gedik sangat. banyak juga cabaran Nerissa nak dapatkan Uzair sebab ustaz ni ramai peminat antaranya teman baik Uzair iaitu Tia.

aku suka cara Nerissa kejar cinta dia walaupun kena reject banyak kali tapi lepas kahwin pun aku rasa macam Nerissa je yang beria-ria dalam semua benda, Uzair ni terlalu tenang sangat. tak tahu feeling dia macam pada Nerissa sebab buku ni takde sudut pandang dari side Uzair.

sampai pertengahan cerita aku rasa cerita dia agak mendatar walaupun ada banyak konflik menarik dan beberapa watak yang 'jahat' tapi tak cukup kuat untuk beri impak besar pada pembaca, watak jahat tu tak cukup jahat untuk tambah rencah dalam buku ni.

bak kata Ustaz Uzair, kita kena husnuzon dan at the end pun memang semuanya baik-bak sahaja. macam watak Tia yang nampak suka giler dengan Uzair tapi benda yang giler dia buat pun setakat pergi menangis dan merayu-rayu kat Uzair untuk terima dia jadi isteri kedua. pendek cakap dia punya jahat bukan sampai level psiko sampai bikin kau sakit hati. at the end semua orang berubah ke arah kebaikan pada akhirnya. 

Overall, Her Chosen Imam lebih sesuai untuk bacaan ringan dan santai.

**MY RATING : 3 / 5**

Post a Comment

2 Comments

  1. Padahal saya sudah suka dengan Burp di atas kak 👍 sayang juga kalo alurnya kurang kuat dari segi karakter tokoh yaa.

    Dulu saya sering beli novel2 Malaysia, waktu masih kuliah di Penang. Soalnya saya belajar banyak istilah non formal bahasa Melayu ya dari novel.

    Tapi kalo Skr, baru bisa beli novelnya, kalo sedang balik ke malaysia saja 😄.

    Belum pernah baca novel cik mardiah ini. So far penulis Malaysia fav saya masih Aisya Sofea. Kalau Kaka banyak review novel di blog ini, saya nak sangat baca, jadi saat nanti ke Malaysia lagi, bisa tahu novel mana yg saya nak beli 👍☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukunya menarik tapi lebih sesuai untuk bacaan ringan sebab konfliknya tidak begitu complicated.

      saya selalu beli novel online di Shopee, harganya lebih murah. saya pun minat juga dengan buku Aisya Sofea waktu sekolah dulu tapi sekarang favourite penulis saya; Rehan Makhtar, Rose Harissa, Dhiya Zafira. cubalah cari buku mereka, ada yang saya sudah tulis review di blog.

      Delete