Dara And The Gang (TV3) | Sinopsis Drama

Dara And The Gang (TV3) | Sinopsis Drama

Drama : Dara And The Gang
Peroduksi : Wiranusa Corporation Sdn Bhd
Pengarah : Zul Huzaimy
Penulis Skrip : Dr MohdShahremy Ikmal
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 28 September 2023
Masa : Rabu-Khamis | 6.00 Petang
Episod : 13
Pelakon : Shasha Abedul, Arena Wan, Erysha Emyra, Chubb-e, Apit Wan Lebo, Cat Farish

Sinopsis Drama Dara And The Gang

Diinspirasi dari novel Dara Gangster and The Gangs karya Amarilis Rahim, mengisahkan kenakalan tiga gadis iaitu Dara (Shasha Abedul), Busu (Erysha Emyra) dan Bedah (Arena Wan) yang terkenal di kampung terutamanya Dara sehingga dia digelar Dara Gangster.

Dara mendapat gelaran ini daripada Wan Saari (Apit Wan Lebo) yang ternampak Dara bermain mercun dan secara tidak sengaja menyebabkan motosikal Pak Imam terbabas ke dalam parit. Sejak insiden itu, nama ‘Dara Gangster’ terus melekat di mulut penduduk kampung.

Namun, kehadiran Rizal (Chubb-E), seorang posmen yang kacak, telah menjadi titik permulaan bagi Dara untuk membuka buku baharu dan berubah perangai menjadi lebih sopan. Kenakalan Dara menarik perhatian Rizal dan tanpa disedari dia telah jatuh hati kepada Dara.

Dara And The Gang (TV3) | Sinopsis Drama

Dara & The Gang akan bersiaran mulai 28 September 2023, pada setiap hari rabu dan khamis jam 6.00 petang di slot Sakura TV3.

Baca juga

Post a Comment

0 Comments