Malam Tahlil Suhaila Balik (Astro Citra) | Review Telefilem

Malam Tahlil Suhaila Balik (Astro Citra) | Review Telefilem

Telefilem : Malam Tahlil Suhaila Balik
Produksi : MS Digital Studio
Pengarah : Rashid Sibir
Penulis Skrip : Mayasari Emma, Seri Dewi
Siaran : Astro Citra
Tayangan : 12 Oktober 2019
Genre : Seram
Pelakon : Hisyam Hamid, Uqasha Senrose, Liza Abdullah, Wan Maimunah, Zarynn Min, Shyrim, Fifie, Rais Ismail

SINOPSIS:
Dalam pada menanggung perit kematian Suhaila, suaminya berdepan dengan masalah yang tak disangka-sangka apabila mayat isterinya kembali ke rumah pada salah satu malam tahlilnya.

Malam Tahlil Suhaila Balik (Astro Citra) | Review Telefilem

Diinspirasi dari kisah benar, Malam Tahlil Suhaila Balik mengisahkan Qayyum (Hisyam Hamid) bersedih dengan kematian isteri tercinta, Suhaila (Uqasha Senrose) akibat kemalangan. Pada malam tahlil ketujuh, mereka dikejutkan dengan mayat Suhaila yang tiba-tiba muncul menakutkan orang kampung.

Untuk menyelesaikan semua masalah ini, nenek Suhaila (Wan Maimunah) meminta Qayyum memikul mayat Suhaila dan bawa semula ke tempatnya tapi setiap kali nak hantar mesti tak berjaya. 

Rupa-rupanya ada rahsia gelap dalam keluarga tersebut dan Suhaila cuba memberitahu tentang kejahatan yang dilakukan oleh keluarganya kepada Qayyum.

Malam Tahlil Suhaila Balik (Astro Citra) | Review Telefilem

sebenarnya keluarga Suhaila ni ada saka tapi nenek dia bersumpah dah buang benda tu lama dah. benda ni akan diwarisi kepada anak sulung dari anak bongsu. kiranya kalau betul saka tu masih ada, anak sulung Suhaila yang akan dapat. 

dan ada pantang juga iaitu Suhaila tak boleh kahwin dengan orang luar sebab tu nenek dia tak suka Qayyum. bila jadi macam ni, Qayyum sendiri kena pikul mayat tu balik ke tempat dia. persoalan betul ke nenek Suhaila dah buang atau ada orang lain yang melakukan perbuatan syirik?

selain itu, kakak Suhaila iaitu Suhana (Zarynn Min) dah lama suka kat Qayyum dan tak puas hati bila Qayyum kahwin dengan adik dia. so macam-macam benda yang Suhana buat kat Suhaila sampai tak boleh mengandung.

Malam Tahlil Suhaila Balik (Astro Citra) | Review Telefilem

permulaan cerita agak seram lagi-lagi scene yang mayat tiba-tiba jatuh tengah rumah time orang tengah baca tahlil. kalau aku ada kat situ pun memang tak tunggu lama terus lari. tapi lepas tu level seram dia masih lagi boleh tolerate. 

plot twist dia menarik, aku sendiri dari awal tak nampak dan teka orang jahat yang sebenar. rupa-rupanya ada yang ambil dan puja benda tu, untuk tujuan apa aku pun tak sure tapi dia cakap nak orang pandang tinggi keluarga mereka, sis tak boleh brain lainlah kalau kau minta jadi jutawan. cerita ni walaupun seram sebenarnya sedih tau sebab keluarga sendiri yang khianat dan buat benda terkutuk sampai sanggup membunuh.

yang kesian dengan Qayyum sebab sayangkan sangat dengan Suhaila langsung tak ambil kisah bila Suhaila cakap keluarga dia pelik sebab Qayyum tak pernah terfikir pelik tu sampai sanggup guna ilmu hitam. Overall, nice story.

Post a Comment

1 Comments

  1. masih ramai rupanya orang guna ilmu hitam kalau baca kisah kisah di FB

    ReplyDelete