Cinta Sesungguhnya (TV3) | Review Telefilem

Cinta Sesungguhnya (TV3) | Review Telefilem

Telefilem : Cinta Sesungguhnya
Produksi : Creative Skill Solution
Pengarah : Amie Maziah
Penulis Skrip : Raja Azidah
Siaran : TV3
Tayangan : 18 Mei 2019
Pelakon : Intan Najuwa, Fikry Ibrahim, Nazeera Sardi, Khaty Azian, Laila Nasir, Zrynn Min, Ieka Zulkifli, Duerra Mitilda, Aimi Said, Manan Sulaiman

SINOPSIS:
Tentang ketabahan seorang suami apabila dia tekad untuk mempertahankan cintanya terhadap isteri yang mengidap mental disorder. Razlan tekad untuk menjadikan Farisha sebagai isteri walaupun ditentang oleh ibunya, Norlia. Farisha adalah penghidap paranoid schizophrenia iaitu sejenis mental disorder yang serius. Farisha menjalani rawatan di bawah pantauan Dr. Azlina, pakar psikitrik.


Baca juga : 


Cinta Sesungguhnya (TV3) | Review Telefilem

Cinta Sesungguhnya mengisahkan Razlan (Fikry Ibrahim) yang tertarik dengan lukisan yang dilukis oleh Farisha (Intan Najuwa) yang mempunyai maksud tersendiri. Hubungan mereka semakin rapat dan Razlan jatuh cinta dengan personaliti Farisha yang baik hati dan penuh kasih sayang.

Razlan kemudiannya dapat tahu Farisha seorang penghidap schizophrenia tapi demi cintanya pada Farisha, Razlan tekad untuk menerima Farisha seadanya dalam masa yang sama cuba mencari alternatif untuk menyembuh penyakit mental yang dihadapi oleh Farisha.

Cinta Sesungguhnya (TV3) | Review Telefilem

Farisha mempunyai trauma waktu zaman kanak-kanak yang menyebabkan dia trigger sehingga menghidap schizophrenia. tapi beruntung juga sebab emak saudaranya, Rosnah sangat prihatin dan menjaga kesihatan mental Farisha. masalahnya bila Farisha tidak mahu meneruskan sesi kaunseling dengan pakar sebab rasa dirinya dah sihat.

Selepas berkahwin dengan Razlan pun kira beruntung juga sebab Razlan sangat take care dengan Farisha, selalu tanya kepada yang pakar bagaimana untuk merawat dan menyembuhkan Farisha dari mental disorder.

tapi masalahnya bila orang sekeliling pandang negatif dengan penyakit Farisha. emak mertua dia sendiri tak boleh terima pastu dapat jiran pula kepochi asyik tuduh Farisha tak betul sampai Farisha jadi trigger.

Cinta Sesungguhnya (TV3) | Review Telefilem

bukan senang nak terima pasangan yang ada masalah mental lagi pula Razlan terima banyak tentang dari ibunya sendiri sebab takut Farisha meroyan dan bertindak di luar kawalan bila mereka berkahwin kelak. tapi Razlan berjaya buktikan demi cintanya dia sanggup terima Farisha dan memberi sokongan penuh supaya Farisha dapat sembuh.

Cinta Sesungguhnya ada mesej yang bagus cuba disampaikan iaitu tentang pesakit mental disorder yang memerlukan sokongan dari orang sekeliling untuk sembuh dan boleh jadi trigger bila ramai yang tak faham dan pandang negatif dengan orang yang ada masalah mental. overall nice story dan happy ending.

Post a Comment

1 Comments

  1. Betul... Kita kena sedar dan ambil peduli tentang rakan, jiran atau keluarga yang ada penyakit mental disorder ni. Jgn beri tekanan pada mereka malah layan sebaiknya sehingga mereka menyayangi kita dan berubah ke arah lebih baik

    ReplyDelete