Pergilah Cinta (TV3) | Review Telefilem

Pergilah Cinta (TV3) | Review Telefilem

Telefilem : Pergilah Cinta
Produksi : Tanah Beris Film Production 
Pengarah : Shuhaimi Lua
Penulis Skrip : Zyza Backy
Siaran : TV3
Tayangan : 27 Jun 2017
Pelakon : Fahrin Ahmad, Diana Danielle, Sasqia Dahuri, Raja Afiq, Fatin Nabilah, Fauzi Mohamad, Marisa Yasmin

Pergilah Cinta (TV3) | Review Telefilem

Pergilah Cinta mengisahkan Reza (Fahrin Ahmad) dan Liyana (Diana Danielle) yang dijodohkan oleh ibu mereka, perkahwinan mereka bahagia sehinggalah suatu hari, Liyana mengalami kemurungan selepas kematian ibunya.

Reza buntu dan tidak tahu bagaimana lagi untuk Liyana pulih dari fasa kesedihan, dalam masa yang sama Reza selalu meluahkan masalah rumah tangganya pada kawan baiknya, Fazley (Raja Afiq).

Pada hari ulangtahun perkahwinan mereka, Reza mahu melakukan kejutan untuk isterinya tapi dia pula terkejut apabila Liyana tiba-tiba menghilangkan diri dan cuma meninggalkan surat menyatakan mahu bercerai. 

Pergilah Cinta (TV3) | Review Telefilem

Selepas penceraian, keadaan Reza tidak terurus dan langsung tidak ambil peduli urusan syarikatnya. Dia tidak dapat menerima kenyataan Liyana pergi meninggalkannya tapi paling mengecewakan bila tahu yang Liyana mempunyai hubungan dengan Fazley.

Rupa-rupanya Liyana dan Fazley merupakan pasangan kekasih dan mereka berkahwin tidak lama kemudian. Mereka bahagia sehinggalah perkahwinan mereka teruji dengan kemalangan yang menimpa mereka yang menyebabkan Fazley lumpuh dan tidak mampu bekerja.

Liyana tidak sanggup hidup susah dan memikirkan hutang yang bertimbun menyebabkan dia sering bertengkar dengan Fazley. Liyana percaya Reza masih sayangkannya dan cuba kembali pada Reza. Adakah Reza akan menerima cinta Liyana semula?

Pergilah Cinta (TV3) | Review Telefilem

sakit hati juga dengan perangai Liyana dan terutamanya Fazley. kemain hipokrit time member sedih datang bagi semangat dan teman Reza pergi mahkamah rupa-rupanya kawan makan kawan. padan juga muka Liyana, Reza layan dia baik giler tapi tetap juga pilih kekasih lama dia alasannya tak bahagia, bila hidup susah tahu pula nak cari Reza balik.

Waktu Reza dalam fasa kejatuhan, Rania (Sasqia Dahuri) yang banyak bagi semangat untuk Reza bangkit semula dan dekatkan diri dengan tuhan. Pada masa yang sama, Rania cuba pastikan syarikat Reza tidak terus jatuh. Adakah Reza akan nampak segala pengorbanan Rania?

Overall, sebuah telefilem yang menarik dan penuh dengan pengajaran.

Post a Comment

0 Comments