Mohon Hantuan (Astro Citra) | Review Telefilem

Mohon Hantuan (Astro Citra) | Review Telefilem

Telefilem : Mohon Hantuan
Produksi : Dream At Work
Pengarah : Ismail Bob Hashim
Penulis Skrip : Shaza Taib
Tayangan : 19 Disember 2020
Siaran : Astro Citra
Pelakon : Saharul Ridzwan, Riena Diena, Azar Azmi, Jay Iswazir, Tajuddin Bakar, Esma Daniel, Zarina Zainuddin, Zalif Sidek

Mohon Hantuan (Astro Citra) | Review Telefilem

Mohon Hantuan mengisahkan Akim (Saharul Ridzwan) seorang penulis novel mahu membuktikan kepada ayahnya yang dia juga boleh berjaya dalam bidang penulisan. Akim menyewa sebuah bilik resort selama tiga bulan untuk memberi tumpuan penuh menyiapkan manuskripnya.

Namun baru semalam di situ, Akim telah diganggu dengan teruk sehingga ternampak kelibat hantu di bilik tersebut. Dia cuba mengabaikan hantu bernama Suraya (Azar Azmi) tapi makin lama makin rimas dengan gangguan yang berlaku.

Rupa-rupanya Suraya mahu meminta bantuan daripad Akim dan sebagai balasan, Suraya akan membantu Akim menyiapkan bukunya.

Mohon Hantuan (Astro Citra) | Review Telefilem

Lela (Riena Diana) yang bekerja di bahagian house keeping risau apabila mengetahui Akim menghuni bilik bermasalah itu kerana dia selalu dikacau dengan teruk setiap kali membersihkan bilik tersebut. Namun tiada siapa percaya dengan dakwaan Lela yang bilik itu berhantu.

Dia terkejut apabila mengetahui Akim berkawan baik dengan hantu tersebut, hal ini juga menyebabkan Lela semakin rapat dengan Akim dan selalu membawa Akim ke tempat yang boleh memberi inspirasi untuk Akim menulis.

Mohon Hantuan (Astro Citra) | Review Telefilem

Akim tidak puas hati apabila mengetahui ada orang yang mengambil video dirinya bercakap seorang diri dan telah menjadi viral. Akim meminta Suraya menganggu dalang yang menyebarkan video tersebut. Siapa yang tidak berpuas hati dengan Akim? Adakah Akim dapat menyiapkan manuskripnya?

Mohon Hantuan sebuah telefilem seram komedi, tak seram pun hantu dia pun cantik lebih kepada kelakar sebenarnya. Overall, jalan cerita yang santai dan menghiburkan.

Post a Comment

0 Comments