Drama : Keria Women
Produksi : Anomali Media Production
Pengarah : Rusdi Ramli
Penulis Skrip : Intan Zarina M Yassin
Siaran : TV3/ Disney+Hostar
Mula Tayangan : 8 Julai 2023
Masa : Khamis-Sabtu | 9.00 Malam
Episod : 13
Pelakon : Rita Nadira, Fify Azmi, Sabrina Sharleen, Raja Ema, Ezaidi Aziz, Marc Syahmie, Shyrim Husni, Muazmeer Mohsin
Sinopsis Drama Keria Women
Drama terbaru di slot Lestary TV3 menggantikan Diva Seroja, Keria Women mengisahkan Naura (Rita Nadira) yang bekerja sebagai pengurus kewangan di sebuah syarikat korporat kecewa apabila tidak dinaikkan pangkat walaupun prestasi kerjanya bagus.
Naura merasakan ada diskriminasi dan bos dia pilih bulu lantik anak sendiri ditambah pula bos terlebih gatal, Naura membuat keputusan untuk meletakkan jawatan walaupun telah ditawarkan gaji yang lumayan oleh anak bos.
Sally (Sabrina Sharleen) yang merupakan rakan sekerja dan kawan baik Naura juga ikut letak jawatan sekali dan mengajak Naura pulang ke kampung halamannya di Melaka.
Kebetulan pula emak Sally iaitu Cik Mah (Raja Ema) menjual kuih keria warisan yang cukup terkenal dalam kalangan penduduk setempat. Naura mendapat idea untuk membantu dan kembangkan lagi bisnes kuih keria Cik Mah yang mempunyai potensi besar.
Berbekalkan pengetahuan dan pengalamannya sebagai pengurus kewangan, Naura mula membuat pelan bisnes untuk mengkomersialkan kuih keria itu walaupun masih janggal dengan peralihan kariernya. Berhasilkah percaturan Naura untuk mengkomersialkan kuih keria Cik Mah?
Baca juga :
1 Comments
ooooo jual keria rupanya.. emm macam menarik je
ReplyDelete