Bukan Cinta Sempurna (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Bukan Cinta Sempurna (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Drama : Bukan Cinta Sempurna
Produksi : Global Station Sdn Bhd
Pengarah : Azri Izhar, MP Roslin MD Sharif
Siaran : Astro Ria
Mula Tayangan : 31 Julai 2023
Masa : Isnin-Jumaat | 6.00 Petang
Episod : 50

Cinta Sempurna sebuah kisah yang turut menyelit pemerkasaan wanita diarahkan oleh sutradara Azri Izhar serta dibarisi barisan pelakon berpengalaman seperti Ayda Jebat, Fadlan Hazim, Amar Baharin, Dato’ Ziela Jalil, Emelda Rosemila, Husna Mustaffa, Dato’ Raja Shah Rezza, Shah Iskandar dan ramai lagi.

Bukan Cinta Sempurna (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Sinopsis Bukan Cinta Sempurna

Bertahun Qistina dan ibunya bekerja di ladang milik Tuan Budi. Namun apabila dia jatuh cinta dengan Luqman, anak kedua Tuan Budi setelah kematian majikannya itu, kehidupannya berubah, lebih lagi dengan fitnah yang ditabur oleh Aniq dan Puan Sahara dan juga hasad dengki dari Marina, bekas teman wanita Luqman.

Nasib Qistina menjadi lebih tragis apabila dia ditinggalkan dalam keadaan hamil oleh Luqman yang sudah terkesan dengan fitnah, memaksa Qistina untuk keluar dan membina kehidupan sendiri.

Pelakon Bukan Cinta Sempurna

  • Ayda Jebat sebagai Qistina
  • Fadlan Hazim sebagai Luqman
  • Amar Baharin sebagai Zyan
  • Shah Iskandar sebagai Aniq
  • Neera Azizi sebagai Marina
  • Alif Hadi sebagai Benjamin
  • Qistina Khaled sebagai Diana
  • Saidah Kamarudin sebagai Nadia
  • Nick Naim sebagai Omar
  • Syazir Shafein sebagai Badrul

Bukan Cinta Sempurna akan ditayangkan pada setiap Isnin hingga Jumaat bermula 31 Julai 2023, 6.00 petang secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104).

Post a Comment

0 Comments