The Sleepwalker by Acik Lana | Book Review

The Sleepwalker by Acik Lana | Book Review

Tajuk : The Sleepwalker
Penulis : Acik Lana
Helaian : 622
Penerbit : Kaki Novel
Terbitan : Mei 2023

SINOPSIS : 
Mewarisi penyakit keturunan dari arwah bapanya, dua puluh enam tahun Sara Aina menjalani hidup yang berbeza. Dikawal ketat, disekat kebebasan, malah dia langsung tidak dibenarkan bermalam di tempat lain selain dari kediaman sendiri. Jika ingkar, kecelakaan mungkin menimpa dirinya. Malang sungguh!

Suatu hari, nasib Sara Aina berubah dengan pelawaan daripada Puan Faezah. Akhirnya dia mengorak langkah, keluar juga dari kepompong demi meneroka dunia yang lebih luas. Namun luasnya dunia ini membuatkan dia menjadi huru-hara pula. Apatah lagi bila bertemu semula dengan crush zaman remajanya yang cukup fobia kepada hantu!

“Lain kali kalau nak pergi mana-mana, call la dulu. Kau ingat aku ni tak ada kerja lain ke? Asyik nak kena jadi driver kau?” ~ Gibran.

Kemunculan Sara Aina membuatkan Gibran sakit mata, sakit hati dan meluat tak terkata. Apatah lagi insiden dia ‘menghalau’ hantu palsu telah meruntuhkan egonya di depan Sara Aina. Mana dia tak geram, penyakit pelik si sleepwalker itulah yang menjadi punca! Kata orang tua, jangan menyampah beria-ia.

Sampai satu masa, mungkin hati akan berbolak rasa. Lalu Gibran tertelan kata sendiri. Yang dia tidak suka itulah mula dipuja-puja jiwa. Dari ‘I don’t care’ tiba-tiba menjadi ‘I do care’. Malah tabiat Sara Aina yang kerap berjalan dalam tidur membuatkan dia gigih pula ingin menjadi ‘penjaga’.

“To be honest, aku nak hak untuk menjaga kau Sara. Aku tak nak lagi sembunyi-sembunyi buat semua tu. It was so hard for me.” ~ Gibran.

Akhirnya hati mula suka sama suka. Greenlight juga sudah dinyala dari kedua pihak keluarga. Namun satu rahsia gelap yang tersimpan lebih dua puluh dua tahun lalu begitu pantas meranapkan segalanya. Sara Aina pergi menjauh, Gibran pula terhimpit diantara tuntutan cinta dan setia. 

Keadaan bertambah buruk apabila Fuzan si gila bayang mula membuat onar. Jerih, gigih, penuh susah payah Gibran cuba menyelamatkan Sara Aina. Cuma sehebat mana pun dia bertungkus lumus, bergelut, mampu atau tidak dendam di jiwa Sara Aina terpadam?

Atau… hubungan mereka telah ditakdirkan bergerak hanya sekerat jalan saja?


Review Novel The Sleepwalker by Acik Lana

Mengisahkan Sara Aina yang mewarisi penyakit keturunan dari arwah ayahnya iaitu berjalan ketika tidur. hal ini menyebabkan dia tidak menyambung pelajaran, bimbang perkara tidak diingini berlaku dan duduk di kampung bersama Nek Mah dan Usu Hana. 

Suatu hari, Puan Faezah seorang usahawan berjaya yang juga kawan baik arwah ibunya mempelawa Sara unuk bekerja dengannya dan berjanji akan menjaga Sara Aina sebaik mungkin. 

Baru sehari tinggal di rumah Puan Faezah, kecoh satu rumah apabila Gibran yang merupakan anak sulung Puan Faezah menyangka dia terjumpa hantu rupa-rupanya Sara Aina yang berjalan dalam tidur. Dari benci tiba-tiba bertukar suka dan rasa mahu menjaga dan melindungi gadis itu, adakah Sara mempunyai perasaan yang sama dengannya?

Jalan cerita yang menarik, sweet dan comel tengok scene hero menjaga heroin yang sleepwalking, dari menyampah jadi suka dan jatuh cinta. cuma tak nampak sangat perkembangan pada watak Sara Aina dan agak slow. di penghujung cerita banyak konflik menarik yang berlaku apabila tersingkap satu rahsia gelap Puan Faezah. Overall, nice story..

**MY RATING : 3.5/5**

Post a Comment

2 Comments

  1. Wow menarik ni... lain dr yg lain... apa pulak rahsia gelap puan faezah tu eh?? mcm best je nk baca ni

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak baca novel karya Acik Lana.

    ReplyDelete