Sesuatu Yang Kembali by Anna Lee | Book Review

Sesuatu Yang Kembali by Anna Lee | Book Review

Tajuk : Sesuatu Yang Kembali
Penulis : Anna Lee
Helaian : 516
Penerbit : Prolog Media
Terbitan : Mei 2023

SINOPSIS:
Dalam keadaan darurat begini, dinding kemanusiaan turut sama runtuh bersama pintu kepercayaan. Maka akan menjelmalah manusia-manusia yang selama ini bertopeng.

Suaminya hilang tanpa pesan, tanpa jejak.

Tetapi apabila muncul mesej terakhir daripada Ibra, Mikha mula reda. Penantian terhenti. Harapan mula hilang.

Namun itu disaat dia merelakan, takdir membawa mereka bertemu dalam sebuah Bunker Mall.

Bunker Mall – Sebuah gedung membeli belah yang dibina sebagai sebuah bunker kepada golongan elit. Sebaik saja wabak melanda, bunker itu diaktifkan secara tiba-tiba menyebabkan Mikha dan Farid terperangkap di dalamnya.

Di situlah bermula segalanya …

Skandal terbongkar …

Rahsia dipendam terburai …

Dan …

Nyawa menjadi taruhan.

Harapan adalah nyawa kehidupan. Jika hilang harapan … kosonglah jiwa.

 

Review Novel Sesuatu Yang Kembali - Anna Lee

Kesinambungan dari buku Sesuatu Yang Hilang - Bahagian II, siapa yang tak baca lagi buku pertama kena baca dulu untuk faham mengenai watak Mikha, Ibra dan Ben, dan konflik yang berlaku antara mereka sebelum ini. plot dan jalan cerita buku ini sangat berbeza apabila menggunakan tema apocalype dan zombi.

Kisah bermula apabila Mikha terpisah daripada suaminya, Ibra kerana Ibra dikuaratinkan untuk mengawal penularan Covid. sejak itu Ibra menghilangkan diri tanpa sebarang khabar selama setahun. Mikha menyangka hubungan mereka telah berakhir kerana mesej terakhir yang dihantar oleh Ibra.

Namun keadaan tidak dijangka berlaku apabila Mikha bersama Farid terperangkap di Bunker Mall yang sebenarnya sebuah bunker yang menjadi tempat perlindungan golongan kaya dan VIP dari bencana dan wabak yang berlaku. Di situ Mikha bertemu semula dengan Ibra dan Ben, dalam masa yang sama Mikha bertemu dengan sahabat baru seperti Umar, Mawar, Layla dan Ali. 

Mereka perlu bekerjasama untuk meneruskan hidup di dalam bunker tersebut memandangkan penumpang yang terperangkap di situ tidak diberikan hak istimewa seperti penduduk sah Bunker. Mikha tidak mahu terus berada di situ cuba mencari jalan keluar supaya dapat berjumpa semula dengan ibu dan anaknya.

Sesuatu Yang Kembali by Anna Lee | Book Review

Dalam buku pertama aku tak suka sangat dengan watak Mikha tapi dalam Sesuatu Yang Kembali ni aku suka giler. Mungkin banyak benda yang terjadi sebelum ini so dia perlu bangkit dan kuat demi anaknya. Suka tengok cara Mikha handle situasi dalam keadaan mencemaskan.

Watak Ibra pula aishh geram betul, tiba-tiba menghilangkan diri bila muncul balik dia bawa sekali dengan kejutan. tapi sebab Ibra ni sweet sangat, sis pun cair tak boleh nak marah dia just nak tunggu apa penjelasan dia sebalik semua yang berlaku.

Untuk meneruskan hidup mereka perlu bekerjasama mencari jalan keluar dan melawan segala ancaman yang ada tapi dalam keadaan terdesak ini macam perangai manusia yang nak kena hadap. Orang politik yang kononnya berjanji untuk menjaga rakyat pun tak boleh pakai sebab mereka pentingkan diri dan mencari jalan menyelamatkan diri dulu daripada melindungi rakyat.

Baca buku ni rasa macam vibe drama korea Sweet Home dan Happiness, itu je la drama zombi yang aku..haha tengok tapi best. Nak tahu apa sebenarnya yang terjadi pada Ibra? Apa hubungan Ibra dengan Andra dan Dato Johari? Adakah mereka dapat keluar dengan selamat dari Bunker? nak tahu jawapannya kena baca sendiri, tak boleh nak reveal kat sini sebab buku Anna Lee penuh dengan plot twist dan kejutan. Overall, highly recommended!

**MY RATING : 5/5**

Baca juga : 

Post a Comment

0 Comments