Perempuan Itu (TV3) | Sinopsis Drama

Perempuan Itu (TV3)

Drama : Perempuan Itu
Produksi : Rumah Karya Citra Sdn Bhd
Pengarah : Isma Yusoof, Nur Ain Sharif
Penulis Skrip : Eirma Fatima
Siaran : Tonton
Mula Tayangan : 1 Jun 2023
Masa : Isnin-Jumaat
Episod : 30
OST/ Lagu Tema : Perempuan (Jaclyn Victor)
Pelakon : Mimi Lana, Zul Ariffin, Amar Asyraf, Siti Hariesa, Emam Manan, Azizah Mahzan, Norish Karman, Aleeza Kasim, Ismail Yaacob, Balkish Semundur Khan, Eirma Fatima, Erysha Arshad, Elfriena Adros, Amir Ahnaf, Mierul Aiman, Alicia Amin, Aida Aris, Laila Nasir


SINOPSIS:
Ibu bapa Khalish mahu dia mengambil alih Madrasah Mujahidah tetapi dia menolak kerana mempunyai impian tersendiri iaitu menjadi penguam syariah dan memperjuangkan pemerkasaan wanita. Kerana takut dengan pemikiran moden Khalish, ibu bapanya memutuskan untuk mengahwinkan Khalish dengan anak kawan rapat mereka, Emir.

Perempuan Itu

Perempuan Itu mengisahkan Khalish lakonan Mimi Lana yang dibesarkan dalam keluarga yang berpegang teguh pada adat dan ajaran agama islam. Khalish mempunyai cita-cita untuk menyambung pelajarannya untuk mencapai impiannya menjadi penguam syariah bagi melindungi nasib golongan wanita yang ditindas.

Namun hal ini ditentang oleh abinya iaitu Ustaz Salahuddin (Eman Manan) yang mahu melihat anaknya menjadi ustazah dan mengambil alih Madrasah Mujahidah yang diuruskan oleh keluarga mereka.

Perempuan Itu

Khalish tak puas hati dan banyak memendam perasaan dengan abinya. Walaupun dia mempunyai markah tertinggi dalam peperiksaan tapi dia tidak terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir dengan alasan dia perempuan dan tak perlu belajar tinggi-tinggi. Khalish dalam diam berjaya belajar dalam bidang syariah sebagai pelajar luar kampus tapi bila tahu dek abi, teruk dirinya dimarahi abi.

Tak mahu anaknya bertindak di luar kawalan, Ustaz Salahudin mahu menjodohkan Khalish dengan anak kawan rapatnya, Emir (Zul Ariffin) supaya Khalish dapat dibimbing oleh suaminya.

Perempuan Itu (TV3)

walaupun baru tengok first episod tapi plot dan jalan cerita drama ni agak menarik mengangkat kisah wanita iaitu Khalish yang mahu mencapai impiannya tapi terhalang kerana keluarganya. Di sini juga banyak highlight mengenai orang pandai agama tetapi terlalu cepat menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa.

banyak nilai dan pengajaran yang cuba disampaikan melalui drama Perempuan Itu. bagi aku, jalan cerita dan watak Khalish dalam pemerkasaan wanita menarik tapi tak tahulah kalau dia nak highlight lebih pada watak orang ketiga yang berada antara Khalish dan Emir. Nak tahu kesudahannya boleh subscribe drama Perempuan Itu di platform penstriman TONTON.

Baca juga : 

Post a Comment

1 Comments