Padiwarada (2016) | Review Drama Thailand

Padiwarada (2016) | Review Drama Thailand

Title : Padiwarada
Another Title : Beloved Loyal Wife
Director : Somching Srisupap
Screenwriter : Nuntawan Rungwongpanich
Network : Channel 3
Released Date : 13 January 2016
Episodes : 14
Duration : 1 hour 45 minutes
Cast : James Jirayu, Bella Vanita, Mint Natwara, Ball Asanai, Pimthong Washirakom,  Arada Arayawut, Krit Amornchailerk

SYNOPSIS:
To show gratitude to her adoptive father, Rin Rapee accepts to disguise herself as his real daughter and marry Saran, to keep the promise their fathers had made in the past. Saran is a cold-hearted guy who suffers from his previous love. Although he knows that Rin's adoptive family has deceived him, he does not wish to return his bride, since he gets to know her beauty and kindness. Love slowly grows. But soon their love is tested, when Duangsawad, his ex-lover, returns to him, while Rin also feels guilty with the secret she is hiding from him.

Padiwarada (2016) | Review Drama Thailand

Padiwarada mengisahkan Saran (James Jirayu) dan Baralee (Dao Pimthong) yang ditunangkan waktu kecil kerana ayah mereka bersahabat baik. Namun semuanya berubah selepas ayah Saran meninggal dunia menyebabkan keluarganya muflis dan mereka terpaksa merempat. Saran belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya berjaya menjadi pengawal polis.

Saran membuat rancangan untuk melamar kekasihnya, Duangsawad (Mint Nutwara) tapi keluarga Duangsawat menolak pinangan Saran kerana mahu menjodohkan anak mereka dengan seorang lelaki yang berketurunan bangsawan.

Emak Saran tidak mahu melihat anaknya terus kecewa cuba menuntut janji yang dibuat suaminya dari keluarga Baralee tapi Saran malas nak ingat perjanjian tu sebab dia tahu keluarga mereka bukan lagi kaya macam dulu so dia rasa mungkin Braralee pun akan tolak lamaran ibunya.

Padiwarada (2016) | Review Drama Thailand

Waktu ini ayah Baralee dalam dilema untuk memenuhi perjanjian tersebut kerana Baralee sudah mempunyai kekasih manakala anak kedua mereka iaitu Bodranee mahu menyambung pelajaran. Pada akhirnya mereka bersetuju untuk menggantikan tempat Baralee dengan Rin Rapee (Bella Vanita) yang merupakan anak angkat mereka. Ayah Baralee secara rahsia telah membuat dokumen penukaran nama Rin dan Baralee.

Ibu Saran gembira apabila keluarga Baralee setuju untuk meneruskan perkahwinan Baralee dan Saran. Pada pertemuan pertama, Saran terkejut bila melihat gadis lain yang menggantikan tempat Baralee sebab sebelum itu dia pernah ternampak Baralee sebenar. Ikutkan memang dia marah dengan Rin dan keluarga Baralee tapi Saran kahwin juga dengan Rin demi menggembirakan hati ibunya.

Padiwarada (2016) | Review Drama Thailand

Selepas berkahwin, Saran belum terbuka hati untuk mencintai isterinya dan dia selalu tertanya-tanya siapa Rin yang sebenarnya. Bila hidup berdua memang tersentuh juga hati Saran bila melihat Rin menguruskan kerja rumah dan pandai mengambil hati emak mertua sampai emak Saran begitu sayang pada Rin. satu hal lagi, Rin sangat memahami dan menyokong kerja Saran sebagai anggota polis. 

Namun yang menjadi masalah utama antara mereka adalah Duangsawad yang selalu menjadi langau antara mereka. Apabila hubungan Saran dan Rin nak menjadi baik mesti si Duang datang menyelit.

Padiwarada (2016) | Review Drama Thailand

Duangsawad jenis gila harta dan status, dulu dia reject Saran sebab nak kahwin dengan golongan bangsawan sekali dia yang kena scam bila suami dia ada masalah kewangan. Sanggup lari dari rumah tinggalkan suami konon-konon nak berbaik balik dengan Saran sekali dia yang terkejut bila tahu Saran sudah berkahwin.

memang annoying watak Duangsawad ni dengan psiko sekali, dia punya tekad nak rampas balik Saran sampai sanggup menyewa sebelah rumah Saran  dan mengaku pada rakan sekerja Saran yang dia isteri Saran padahal mereka tahu isteri Saran adalah Rin.

geram juga dengan Saran yang langsung tak ambil tindakan pada Duangsawad yang melampaui batas, Rin pula langsung tak mempertahankan hak dia, macam redha je lah dengan perangai Duang. Emak Saran juga yang terpaksa campur tangan hal mereka tapi biasalah Duang ni terlebih bijak sampai emak Saran pun pening tak tahu nak buat apa.

Padiwarada (2016) | Review Drama Thailand

Plot dan jalan cerita terlalu dragging. pertamanya mengenai kerja Saran, dari episod pertama dok mention pasal geng White Tiger yang membuat onar di bandar tersebut sampai last episod baru berjaya menumpaskan geng tersebut. pastu watak Duangsawat yang psiko terlalu mendominasi keadaan di setiap episod.

kalau bukan sebab Bella dan James memang dah lama sis tinggal lakorn ni penat kot tapi itulah watak mereka ok sebenarnya tapi itulah penat juga sebab banyak main tarik tali. sekejap suka sekejap benci, sekejap cinta sekejap gaduh.

 nak sampai penghujung barulah nampak watak heroin dia cerdik sikit. kalau sebelum ini asyik pasrah dan redha dengan keadaan tapi Rin bangkit melawan Duangsawat dan mempertahankan hak dia sebagai isteri Saran. pengakhirannya happy ending untuk Saran dan Rin selepas banyak kali bermain tarik tali.

Post a Comment

0 Comments