Dia Untuk Aku Karya Rehan Makhtar | Book Review

Dia Untuk Aku Karya Rehan Makhtar | Book Review

Tajuk : Dia Untuk Aku
Penulis : Rehan Makhtar
Helaian : 385
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : Mei 2023

SINOPSIS
BIARLAH masa sedang menewaskan usianya, Taufiq tidak pernah kisah. Hidupnya mudah. Jika ada, adalah. Jika tidak… tak mengapalah. Melihat teman baik yang sudah bertemu cinta sejati, dia langsung tidak cemburu. Malah, bahagia mereka menjadi bahagianya. Tapi, tidak pada mama.

Dia percaya, restu ibu membawa bahagia, Taufiq akur dan reda menerima wanita yang mama pilih. Dia akan mencintai wanita itu sepenuh hati pada ketika wanita itu menjadi isteri. Namun, kerana dia manusia biasa yang tidak berdaya menduga ketentuan, Taufiq hanya mampu reda bila wanita itu lari meninggalkannya di saat dia sedang berjalan di altar dalam penikahan mereka.

Kecewa? Sudah pasti. Apatah lagi melihat maruah keluarga calar dan airmata mama menitis. Hingga satu hari, ketika menemani teman baiknya, Ziyad… dia nampak seorang wanita yang bukan hanya indah pada wajah, tapi juga pada budi pekerti.

“Awak terlalu tualah untuk saya…” – Johanees

“Ada syarat ke orang tua macam saya tak boleh jatuh cinta?” – Taufiq

“Boleh tapi tidak pada saya…” – Johanees

“Saya dah cuba. Tapi, nak buat macam mana. Orang tu masih awak…” – Taufiq

Johanees yakin, Taufiq adalah cinta pertama dan pasti yang terakhir. Tapi, sayang keyakinannya tidak mempunyai asas. Dia perlu tinggalkan lelaki itu demi memenuhi permintaan akhir ayah untuk menerima lelaki yang telah sekian lama mahu dijodohkan untuknya. Kerana itu, Johanees tidak berkelip di saat menyatakan perpisahan.

“Kenapa?” - Taufiq

“Saya bukan perempuan baik…” – Johanees

Jatuh cinta itu mudah. Namun, untuk jatuh cinta pada setiap kekurangan orang yang kita cinta, itu adalah luar biasa. Dan, dia tahu… mengemudi bahtera cinta bersama wanita ini tidak semudah seperti dia kemudi bahtera perang di tengah samudera. Adakah takdir cintanya juga seganas ombak dilautan? Apakah mental dan emosinya utuh bila misi kali ini adalah demi mereka yang tercinta? Taufiq hanya berharap kerana segalanya tidak pernah pasti.


Review Novel Dia Untuk Aku by Rehan Makhtar

Selepas kisah Ziyad (Takdir Untuk Aku) dan Qadr (Seseorang Untuk Aku), kali ini kisah mengenai Taufik pula, sahabat baik mereka yang dikatakan bujang terlajak. Oleh sebab itu, mama yang risau anak bujangnya masih lagi belum berkahwin mahu menjodohkan Taufiq dengan anak kawan baiknya.

Taufiq terima jodoh tersebut walaupun pihak pengantin perempuan macam tergesa-gesa nak cepatkan majlis dan dia sendiri sibuk sampai tak sempat nak bertemu dan berkenalan dengan bakal isterinya. tup-tup waktu hari pernikahan pengantin perempuan melarikan diri. Taufiq redha. Sehinggalah dia bertemu dengan Johanees tiba-tiba pintu hati dia terbuka jatuh hati dengan gadis tapi bukan mudah untuk memikat Johanees yang penuh misteri.

Jalan ceritanya Dia Untuk Aku agak ringan dan smooth, ada juga konflik sikit dengan keluarga Johanees dan plot twist sikit. menarik untuk dibaca sehingga ke penghujung.

Yang aku suka dengan watak Taufiq, sebelum ni nampak cool je tapi bila nak mengorat Johanees nampak sisi gila dan tak mudah mengalah walaupun beberapa kali kena reject. Part rahsia terbongkar tu memang comel, terkejut Taufiq bila tahu kenapa tunang dia lari pada hari tersebut. watak Johanees nampak sangat kuat menghadapi cabaran dalam hidup, bila bertemu dengan Taufiq tak tahu nak komen apa tapi sangatlah comel tengok cara interaction mereka berdua ni. sis suka! haha

Siapa yang dah pernah baca novel Takdir Untuk Aku dan Seseorang Untuk Aku, wajiblah grab Dia Untuk Aku pula untuk tahu kisah cinta Taufiq pula. Overall, nice story.

**MY RATING : 5/5**

Boleh dapatkan novel Dia Untuk Aku di Shopee Karya Seni.

Post a Comment

1 Comments

  1. wah ni yang latest ni. Laku keras kat pesta buku. Kena carik ni Ketiga pun belum baca. TQ reviewnya

    ReplyDelete