Di Penghujung Sujud (TV3) | Review Telefilem

Di Penghujung Sujud (TV3) | Review Telefilem

Telefilem : Di Penghujung Sujud
Produksi : Tanah Beris Film Production
Pengarah : Shuhaimi Lua
Penulis Skrip : Zyza Backy
Siaran : TV3
Tayangan : 15 Jun 2018
Durasi : 1 jam 30 minit
Pelakon : Redza Rosli, Wan Maimunah, Fezrol Khan, Ayda Jebat, Faez Nick, Zahir Deck, Melissa, Ani Maiyuni, Fieyna Tajuddin

SINOPSIS:
Mengisahkan pertelingkahan adik-beradik yang mendukacitakan seorang ibu. Arif yang cacat kakinya akibat kemalangan menjadi bahan hinaan abang dan adiknya yang berjaya.

Di Penghujung Sujud (TV3) | Review Telefilem

Di Penghujung Sujud mengisahkan Arif (Redza Rosli) yang pada zaman sekolah tidak berminat belajar dan masanya selalu dihabiskan dengan merempit dan berkelakuan nakal mengacau anak gadis di kampung tersebut bersama kawan-kawannya.

Aif kemudiannya ditimpa kemalangan jalan raya yang menyebabkan kecacatan di kakinya dan membuatkan Arif insaf dengan perbuatannya. Arif tidak berjaya seperti abang dan adiknya, dia bekerja menjual burger di kampung dan waktunya banyak dihabiskan menjaga ibunya, Zainab (Wan Maimunah) yang semakin hari semankin uzur.

Di Penghujung Sujud (TV3) | Review Telefilem

Azmir (Fezrul Khan) dan Zureen (Ayda Jebat) mempunyai kerjaya yang bagus di Kuala Lumpur tapi selalu mempertikaikan dan malu dengan kehidupan Arif yang tidak mempunyai pencapaian yang membanggakan keluarga mereka. Kerana hal ini juga, Azmir dan Zureen membuat keputusan untuk tidak pulang ke kampung walaupun tahu ibu mereka tidak sihat.

Bagi Zainab, dia sangat bangga dengan Arif walaupun Arif tidak berjaya seperti anaknya yang lain tapi Arif menjaga dia dengan baik sekali dan selalu mendoakan kebahagiaanya anaknya itu.

Di Penghujung Sujud (TV3) | Review Telefilem

Jalan ceritanya macam ni selalu je kita dengar, anak yang berjaya lupa daratan dan berlagak kemain mengutuk adik-beradik yang susah tapi kalau Arif tiada siapa nak menjaga ibu mereka. Duduk kampung bukan tak boleh berjaya asalkan rajin dan ada visi sendiri.

actually jalan ceritanya akan jadi lebih menarik kalau tunjuk Arif ni boleh bangkit jadi manusia yang berjaya walaupun banyak tohmahan yang diterima. tak faham juga kenapa nak buat si Arif ni frust menonggeng bila tahu Mona nak kahwin, tak berbaloi pun nak sedih dengan bekas minah rempit yang mata duitan.

tapi itulah diorang nak buat cerita dia sedih, ending sedih. kesimpulannya, adik-beradik yang susah tu juga yang akan tolong abang dia. menyesal pun tak guna bila waktu orang tu hidup tak pernah pun nak menghargai jasa dia bersusah payah menjaga ibu di kala yang lain sibuk mengejar harta dunia.

Post a Comment

0 Comments