Drama : Chinta Wrong Direction
Produksi : Juita Viden Sdn Bhd
Pengarah : Hadith Omar
Penulis Skrip : Rehal Nuharis, Bikash Nur Idris, Hadith Omar
Siaran : Astro Ria
Mula Tayangan : 26 Jun 2023
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Episod : 20
OST/ Lagu Tema : Langit Yang Sama (Dalia Farhana)
Pelakon : Hun Haqeem, Erysha Emyra, Kimberly Chuah, Raff Roslee, Hazeeq Dean, Azhar Amir, Hilal Azman, Wan Norazlin, Lydiawati, Sharfah Shahora, Zaryn Min, Nada Syuhada, Ikhwan Khairudin, Auni Yusri, Syaza Bae, Faris Nabil, Lim Hui Huang, Saif Yunus, Shyrim
SINOPSIS:
Chinta dibesarkan dengan penuh kebencian ayahnya. Akid pula mempunyai sejarah silam yang membuatkan dia trauma. Mereka dipertemukan, namun dalam kebencian.
Diinspirasi dari novel Chinta karya Norhayati Berahim, Chinta Wrong Direction mengisahkan Chinta (Erysha Emyra) yang menjadi mangsa kebencian ayahnya, pantang salah sikit mesti dipukul. Ayahnya terlalu mengagungkan anak lelakinya sehingga sanggup mengenepikan perasaan Chinta.
Selepas menamatkan pengajian, Chinta mendapat tawaran kerja di sebuah kilang di Kuala Lumpur bersama kawan baiknya, Candy (Kimberly Chuah). Walaupun mendapat bantahan ayahnya, Chinta mendapat sokongan daripada mak ciknya untuk berhijrah ke bandar besar dan mahu membuktikan dirinya juga boleh berjaya.
Chinta mempunyai hubungan rapat dengan Saiful (Hazeeq Dean) namun makin lama perangai Saiful semakin berubah dan selalu mencari gaduh dengan Chinta kerana merasakan Chinta memandang rendah kepadanya kerana dari keluarga miskin.
Manakala Akid (Hun Haqeem) pula mempunyai trauma pada perempuan kerana pernah menyaksikan kecurangan ibunya waktu kecil dan hal ini juga menyebabkan Akid dingin dengan ibunya.
Selepas pulang dari luar negara Akid bekerja di kilang milik bapanya tapi tidak disukai oleh kakaknya, Zara (Nada Syuhada). Melihat hubungan Akid yang rapat dengan kawan baiknya, Fuad (Raff Roslee), Zara menyebabkan gosip liar yang Akid dan Fuad mempunyai hubungan sejenis.
Zara mahu mengambil alih syarikat tersebut dan merasakan Akid adalah penghalang utamanya. Pelbagai cara dilakukan oleh Zara untuk sabotaj Akid dari bekerja di situ.
Mereka bertemu apabila Chinta bekerja di kilang milik bapa Akid. Pelbagai insiden yang berlaku antara Chinta dan Akid yang adakalanya lucu dan ada masanya mereka berselisih faham.
Chinta mahu membuktikan dia boleh berjaya tapi Akid selalu mengkritik kerjanya menyebab Chinta merasakan Akid memandang rendah kepadanya kerana dia seorang perempuan. Manakala Akid tidak berpuas hati apabila Zara menyentuh isu traumanya yang menjadi topik sensitif dalam dirinya.
Apakah yang berlaku seterusnya? Saksikan kisah Chinta dan Akid yang datang dari latar belakang keluarga pincang, namun membentuk dua peribadi yang berbeza hingga mereka saling melengkapi dalam mengatasi kekurangan diri.
Baca juga :
0 Comments