Telefilem : Abang Kandung
Produksi : Rashbir Media Sdn Bhd
Pengarah : Rashid Sibir
Penulis Skrip : Zulkifl Mad Yadi
Siaran : TV3
Tayangan : 10 Mac 2018
Durasi : 1 jam 25 minit
Pelakon : Izzue Islam, Syafiq Kyle, Nasir Bilal Khan, Norlia Ghani, Ruminah Sidek, Octovia Manrose, Hafiz Nolan, Muaz Fitri, Asrizal Jais, Azmeer Shah, Zaidi Rock
SINOPSIS:
Saiful menjadi kebanggaan kepada Pak Talib dan Mak Mah serta adiknya, Usof. Namun segalanya berubah setelah dia menghabiskan masa dengan minum arak dan berfoya-foya dengan gadis.
Telefilem Abang Kandung mengisahkan Saiful (Izzue Islam) yang menjadi anak kesayangan dan kebanggaan Pak Talib (Nasir Bilal Khan) dan berjaya mendapatkan pekerjaan yang bagus jika nak dibandingkan dengan adiknya, Yusof (Syafiq Kyle) yang berniaga menjual roti canai.
Namun makin lama Saiful mula hanyut dengan dunianya dan lebih gemar berfoya-foya sehingga sanggup mengabaikan pekerjaannya dan dituduh memperkosa Sara (Octovia Manrose).
Pak Talib mempercayai Saiful walaupun orang kampung menuduh anaknya membuat jahat namun melihat perangai Saiful yang makin hanyut menyebabkan Pak Talib mengamuk lalu menghalau anaknya keluar dari rumah.
Selepas beberapa tahun menghilang diri ke bandar tanpa khabar berita, Saiful tiba-tiba mengambil keputusan untuk pulang ke kampung. Yusof menyambut abangnya dengan gembira malangnya Pak Talib masih lagi tidak memaafkan anaknya itu.
Yusu menjadi orang tengah cuba membaiki semula hubungan ayah dan abangnya tapi Pak Talib tetap berdegil dengan keputusannya walaupun Yusof memberitahu tidak sedap hati dengan kepulangan Saiful dan merasakan Saiful sedang sakit.
Apakah yang menyebabkan Saiful pulang ke kampung? Adakah Pak Talib dapat memaafkan Saiful yang telah bertaubat dan menyesal dengan dosa-dosanya?
Kisah mengenai persengketaan yang berlaku antara Saiful dan Pak Talib yang merupakan anak harapan dan kebanggaan ayahnya tapi dek kerana kepercayaan diberi telah dihancurkan menyebabkan Pak Talib begitu berkeras hati untuk memaafkan anaknya.
Watak Yusof yang paling banyak berkorban untuk keluarganya. Walaupun terasa hati juga bila ayahnya melebihkan segala hal kerana abangnya lebih pandai tapi bila berlaku konflik dalam keluarga mereka, Yusof percaya abangnya sudah berubah dan cuba mencari jalan menyatukan kembali keluarganya. Overall sebuah drama kekeluargaan yang sarat dengan pengajaran dan menarik untuk ditonton.
Baca juga :
0 Comments