Selamat Tinggal Purnama by Teme Abdullah | Book Review

Selamat Tinggal Purnama by Teme Abdullah | Book Review

Tajuk : Selamat Tinggal Purnama
Penulis : Teme Abdullah
Penerbit : Iman Publication
Terbitan : Mac 2020


Selamat Tinggal Purnama : Strain Pertama

Kisah seorang artis terkenal. Hidup pada zaman manusia terpaksa mengumpul ‘kredit’ yang cukup sebagai bukti mereka berhak untuk kekal hidup di muka bumi. Mereka yang gagal mencapai tahap kredit minima, akan ditarik nyawa.

Artis terkenal itu ada segalanya – wajah, suara, personaliti dan pencapaian yang belum pernah dikecapi mana-mana rakyat Nusaraya sebelum ini. Popularitinya melebar ke serantau Asia.

Sehinggalah ada pihak yang membangkitkan gosip bahawa ada ‘artis terkenal’ yang membina persona palsu untuk menipu masyarakat semata-mata demi kelangsungan kerjayanya. Malah, suaranya juga dikatakan palsu.

Hidupnya berubah dari saat itu.


Selamat Tinggal Purnama terbahagi kepada dua bahagian iaitu Selamat Tinggal Purnama: Strain Pertama dan Selamat Tinggal Purnama: Strain Kedua.

Kisah mengenai Latif Purnama seorang penyanyi jalanan yang kemudiannya menjadi bintang terkenal. Setiap karya yang dihasilkannya mempunyai aura luar biasa yang mampu menambat hati pendengarnya. Namun disebalik popularitinya, Latif ditindas oleh syarikat rakaman sendiri, Mawar Record yang mana jualan album royalti digunakan kesenangan dan kemewahan hidup Sinar Mawar.

Plot dan jalan cerita Strain Pertama sangat menarik, selain pengenalan watak Latif jalan ceritanya juga turut mencerita kemodenan yang dikecapi oleh bandar Nusaraya menggunakan latar masa hadapan. Taraf kehidupan manusia ditentukan oleh sistem kredit yang mana persepsi manusia juga turut mempengaruhi kredit seseorang. Disebabkan itu juga setiap individu harus berusaha menjadi baik supaya tidak dibunuh oleh tanggapan buruk manusia lain.

bagi aku, idea penulis mencipta satu dunia baru dan sistem kredit dalam buku ni sangat unik dan fresh cuma adakalanya geram dengan perangai Latif yang terlebih baik. Jalan cerita semakin menarik di penghujung apabila Latif mengumumkan satu berita yang mengejutkan  banyak pihak.



Selamat Tinggal Purnama: Strain Kedua

Setelah mengejutkan peminatnya dengan pengumuman tergempar dahulu, Latif Purnama hilang daripada radar. Masyarakat tidak tahu apa yang berlaku kepadanya. Ada juga yang menyangka dia telah bersara.

Hampir setahun kemudian, tiba-tiba dia muncul semula dengan album baharu. Karya yang sedikit ganjil berbanding karya-karyanya sebelum ini. Karya yang membahayakan nyawanya.


Dalam Strain Kedua, Latif muncul dengan album baru selepas setahun menghilangkan diri dan berjaya mencipta rekod jualan baru tapi media lebih berminat untuk mengetahui kehidupan peribadi Latif.

Banyak konflik dalaman dan dugaan berat yang terpaksa dilalui oleh Latif seorang diri apabila diserang bertubi-tubi dari pelbagai sudut. Kesimpulannya, bukan mudah hidup sebagai bintang terkenal, dengan fitnah berleluasa dan media pula lebih suka membesarkan satu isu tanpa mengambil peduli kesahihahnya. pendek cakap, media sendiri yang membunuh pengkarya tersebut ketika dia masih bernyawa.

Post a Comment

0 Comments