Tajuk : Menunggumu
Penulis : Pena Kayu
Helaian : 540
Penerbit : Rumah Pena Kayu Enterprise
Tahun Terbitan : April 2021
SINOPSIS:
“Mama Sarah ada anak lelaki. Adam nama dia. Kalau Rhea jumpa Adam, mesti Rhea pun suka Adam.”Rhea itu anak yatim. Anak kawan baik Mama Sarah. Rhea itu parasit yang menumpang di rumahnya. Sedari hari pertama matanya melihat Rhea, dia sudah tidak menyukai gadis itu. Niat Mama Sarah untuk mengambil Rhea sebagai anak angkat memarakkan lagi perasaan tak sukanya.“Rhea tak boleh jadi anak angkat mama. Rhea tak boleh sebab Rhea nak jadi isteri Abang Adam.”Adam boleh naik sawan kalau begini. Keputusannya memaksa Rhea membantah niat Mama Sarah mendatangkan bencana besar. Rhea berani menyebut mahu menjadi isterinya? Dalam banyaknya alasan untuk membantah niat Mama Sarah, Rhea memilih alasan mahu berkahwin dengannya? Dan Mama Sarah pun, terus setuju dengan permintaan Rhea? Apa dunia sudah mahu kiamat?Adam memberontak. Adam sengaja menolak menjadi jurutera seperti ayah dan memilih menjadi pilot. Adam belajar di luar negara. Habis belajar, Adam bekerja pula di luar negara. Dia senang terbang bebas di langit sana. Bertahun-tahun dia menjauhkan diri. Malangnya, jarak masa bertahun-tahun itu tak berjaya membuat Mama Sarah lupa pada permintaan Rhea.“Berapa lama lagi Adam nak berfoya-foya dekat luar tu? Mama dah beri Adam masa lapan belas tahun untuk buat persediaan. Dah sampai waktunya Adam berkahwin dengan Rhea.”"I'm not sure I can. I don't think I can. Saya tak boleh berkahwin dengan Rhea. Saya akan berkahwin dengan wanita yang saya suka. Dan Rhea bukan wanita tu. She's just a very spoiled brat."Sudah berjuta kali dia menepis. Dia bercinta dengan Mai. Dia bertunang dengan Dayana, tetapi kenapa akhirnya Rhea juga yang menjadi isterinya? Kalau pun dia mengaku dia pernah suka pada Rhea, tetapi Rhea masih seorang perampas. Rhea itu penyebab dia kehilangan perhatian mama!Memang dia berperangai seperti anak kecil. Memang jiwanya tak pernah dewasa sejak dia tahu kebenaran. Kebenaran yang melarangnya untuk bahagia. Atau sememangnya, dia dilahirkan bukan untuk mencipta bahagia?“Kita berpisah, Adam. Kita tamatkan semua ni.”
Review Novel Menunggumu Karya Pena Kayu
Menunggumu mengisahkan Rhea yang dijaga oleh Mama Sarah ketika berusia 10 tahun selepas keluarga angkatnya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya. Kehadiran Rhea tidak disukai oleh Adam dan bila Mama Sarah menyatakan hasrat untuk menjodoh Adam dengan Rhea, Adam memberontak sehingga sanggup memilih untuk tinggal jauh dari ibunya.
Membaca buku ini agak penat juga bila tiga watak utama mempunyai complexity masing-masing. semuanya nak orang ikut kemahuan mereka dan tiada yang mahu mengalah dengan situasi.
Permulaan cerita agak annoying dengan watak Rhea sebab baru 12 tahu dah menggedik cakap pasal kahwin tapi progress watak ni menarik sikit bila dia semakin dewasa nampak dia semakin matang. cumanya Rhea tersepit antara mahu mengikut kemahuan Mama Sarah atau menunaikan janjinya pada Adam.
Mama Sarah yang paling annoying sebab sebagai orang yang lebih dewasa sepatutnya dia perlua bijak mengawal keadaan tapi dia pula buat keadaan lebih buruk. Dah tahu Adam tak suka Rhea lagi dipaksa pula Adam kahwin dengan Rhea sehinggakan semua teman wanita yang Adam bawa balik kena reject mentah-mentah. kat hujung memang ada beritahu kenapa Mama Sarah bertindak begitu tapi itulah cara dia yang suka memaksa buat aku menyampah.
Adam pula ada sebab tersendiri kenapa dia tak suka dengan Rhea tapi bila Mama Sarah mendesak untuk menjodohkan mereka membuatkan Adam semakin memberontak dan melepaskan marahnya kepada Rhea. Jauh mana pun lari tapi akhirnya tetap juga jodoh mereka.
Aku ambil masa dekat sebulan juga untuk habiskan buku ni dan banyak kali juga nak give up sebab stress dengan perangai manusia dalam cerita ni. Jalan ceritanya terlalu meleret dengan babak-babak pergaduhan dan perang mulut antara Rhea dan Adam. Nak hujung-hujung cerita baru tahu kisah di sebalik watak ni dan kenapa mereka bertindak demikian tapi tak ada plot twist yang gempak.
**MY RATING : 3/5**
Baca juga :
0 Comments