Jeriji Patin (TV3) | Review Telefilem

Jeriji Patin (TV3) | Sinopsis Telefilem

Telefilem : Jeriji Patin
Produksi : Suarakita Production
Pengarah : Nazir Jamaludin
Idea Asal : Nizam Abdullah
Penulis Skrip : Nizam Abdullah, Ku Aminat Ku Mat
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 2 April 2022
Pelakon : Syazuwan Hassan, Aisar Khaled, Nasir Bilal Khan, Mak Wan, Afifah Nasir, Syean Nahar

SINOPSIS
Rizal seorang bekas banduan yang baru dibebaskan dari penjara. Dengan perasaan yang cekal untuk buktikan dia seorang yang masih berguna kepada masyarakat dia kuatkan semangat untuk pulang ke kampung semula lalu membuka sebuah kedai makan.

Jeriji Patin (TV3) | Sinopsis Telefilem

Jeriji Patin mengisahkan Rizal (Syazuwan Hassan) seorang bekas banduan yang memulakan hidup baru dengan membuka kedai makan tempoyak patin yang dimasaknya sendiri. Perniagaannya mendapat sambutan tapi kerana status banduan ada yang tak puas dan cuba melakukan khianat kepadanya.

Basically watak Rizal seorang yang baik hati tapi tak habis kena khianat dengan orang. yang paling dengki dengan dia adalah Zali (Aiser Khalid) yang kononnya belajar di luar negara dalam bidang kulinari balik ke kampung buka kedai western food tapi makin hari pelanggannya semakin berkurang. bila tengok bisnes Rizal makin maju bermacam cara yang dilakukan untuk sabotaj Rizal tapi akhirnya Rizal yang tampil membantunya apabila dia ditimpa kesusahan.

Pengajaran dalam Jeriji Patin ramai sangat yang suka membuat andaian sendiri dan cepat menghukum orang. Macam kes Rizal tolong Zali tapi dia pula kena tuduh pergi pukul Zali gara-gara macik bawang bawa cerita tak habis. Bapa sendiri pun sama juga bukan nak tanya dulu, cepat naik tangan tanpa siasat terlebih dahulu.

Baca juga : Filem Hantu Ke Lima lakonan Raysha Rizrose, Izzue Islam, Shiha Zikir dan Aisar Khaled


Overall, menarik jalan ceritanya sebab ada pengajaran yang cuba disampaikan cuma sis tak boleh tengok si Aisar ni berlakon, kayu nau.

Post a Comment

0 Comments