Title : Bo Ra! Deborah
Another Title : True To Love
Director : Seo Min Jung, Lee Tae Gon
Screenwriter : Ah Kyung
Network : ENA/ TVING
Aired : 12 April - 25 May 2023
Episodes : 14
Duration : 1 hour 10 minutes
Genre : Romance, Comedy
Cast : Yoo Inna, Yoon Hyun Min, Yoo Sang Wook, Chansung, Pak So Jin, June, Kim Ye Ji, Hong Hwa Yeon, Lee Sang Woon, Kim Ji An
SYNOPSIS:
The series follows the romantic journey of Yeon Bo Ra, a celebrated love coach and successful author of romance novels, and Lee Soo Hyuk, a charming man who grapples with matters of the heart.As a discerning publishing planner, Soo Hyuk is not easily impressed and initially has a negative impression of Bo Ra. However, their lives become entangled unexpectedly, and he becomes increasingly drawn to her.Meanwhile, Han Sang Jin, Soo Hyuk's friend and business associate, heads the Jinri book publishing company.
Bo Ra! Deborah mengisahkan Yeon Bora (Yoo Inna), seorang influencer dan dating coach terkenal sehingga buku yang ditulisnya mengenai kisah percintaan laris terjual. Ramai yang melihat Bora seorang wanita yang berjaya dan bercinta pula dengan anak orang kaya, nampak perfect life dia.
Selepas 4 tahun bercinta dengan Ju Hwan (Chansung), Bora menaruh harapan akan dilamar oleh Ju Hwan ditambah pula ramai wartawan nak tahu bila dia nak bernikah. Malangnya hubungan tersebut terputus kerana Ju Hwan curang dengan orang lain.
Bora mengalami fasa kesedihan dan susah untuk menerima perpisahan tersebut, kerjayanya juga terjejas apabila Bora mabuk di satu majlis dan mengeluarkan kata-kata kesat menyebabkan netizen mengecam dirinya.
Tidak lama kemudian Bora bangkit dari kesedihan dengan sokongan keluarga dan rakan-rakan tapi Bora rasa dia tak boleh menulis lagi sebab semua buku dia tentang dating so dia rasa malu bila dirinya sebagai dating coach sudah gagal.
Han Sang Jin (Sang Wook) yang merupakan pemilik sebuah syarikat penerbitan berminat untuk menerbitkan buku Bora tapi Lee Soo Hyuk (Yoon Hyung Min) sebagai partner dia tak bersetuju dengan perkara tersebut sebab dia rasa personaliti Bora fake.
Soo Hyuk ni tak suka benda yang cheesy tapi lepas baca buku Bora terus tertarik dengan penulisan Bora. Soo Hyuk punya convince dengan buku tu sampai dia nekad pergi beli cincin untuk melamar teman wanitanya, Yuri (Kim Ji An).
Malangnya sebelum sempat tunjuk cincin, Yuri minta putus dengan alasan Soo Hyuk tak pernah declare hubungan mereka dan langsung tak pernah meluahkan perasaannya. Frust juga Soo Hyuk sebab dia ni jenis tunjuk perasaan dia melalui body languange so dia ingat Yuri faham la tapi tak sangka benda tu jadi isu sampai Yuri minta putus tapi Soo Hyuk redho je lah walaupun sedih.
Bora dan Soo Hyuk selalu bertemu secara kebetulan, bila Bora berada dalam moment memalukan mesti Soo Hyuk ada di tempat kejadian menjadi saksi sampaikan Bora malu giler dan cakap tak nak jumpa Soo Hyuk dah lagi pula mereka bukannya kawan dan tidak mempunyai sebarang urusan.
Suatu hari, Bora terdesak untuk mendapatkan duit sebab adik dia kena scam guna kad kredit dia. Waktu ni dia memang memerlukan duit sebab dah rancang nak pindah duit alih-alih duit yang sepatutnya bayar deposit dah hilang. Waktu ni juga, Bora tertarik dengan kontrak dan bayaran yang ditawarkan oleh syarikat Sang Jin dan Soo Hyuk.
So Bora setuju untuk menulis semula tapi kali ini bukan lagi pasal dating tapi cara nak bangkit semula dari breakup. Sepanjang tempoh menulis semula, Bora banyak bekerja dengan Soo Hyuk dan makin lama mereka semakin rapat. Actually Soo Hyuk juga yang bagi idea dan sokongan untuk Bora menulis semula.
Bo Ra! Deborah sebuah drama romantik komedi ringan yang menarik untuk ditonton. Permulaan drama macam kelakar tapi part Bora frust menonggeng tu memang sedih cuma tak suka scene bila Bora tak boleh kawal emosi dan mabuk sampai memalukan diri sendiri. tapi kemudiannya dia bangkit dari fasa tersebut dan cuba membina semula kerjayanya sebagai penulis buku dalam masa yang sama bertemu dengan cinta sejatinya.
gandingan Bora dengan Soo Hyuk memang best, suka tengok scene mereka berdua ni sebab banyak yang random dan kelakar. itulah orang cakap jangan benci sangat nanti terjatuh cinta. Soo Hyuk sebelum jumpa kemain mengutuk Bora then bila bertemu tu dalam tak sedar terus hati tersangkut pada Bora. Selain Bora dan Soo Hyuk ada lagi kisah percintaan pasangan lain dalam drama ni.
Sekarang ni aku tengah follow drama Doctor Cha dan dalam masa yang sama layan juga citer Bo Ra! Deborah. Drama ni best layan santai-santai sebab jalan ceritanya ringan dan best tengok chemistry Yoo Inna dan Hyunmin.
Baca juga :
1 Comments
semalam baru nampak short klip drama ni, kelakar gila sampai rasa nak tengok. dah la ada yoo inna, dia kalau berlakon rom-com memang comel.
ReplyDelete