Tajuk : Akad
Penulis : Rose Harissa
Helaian : 324
Penerbit : Idea Kreatif Publication
Terbitan : Mei 2020
SINOPSIS:
Indra Nazarie, pernah terluka dan dikhianati. Kehancuran rumah tangganya buat dia tak terfikir untuk berkahwin lagi. Hidupnya hanya fokus pada kerja dan anak-anak sahaja.Ciara Erina, lahir dalam dulang emas. Satu-satunya anak tunggal Tan Sri Chairil. Meniti usia 19 tahun, dia jatuh cinta pandang pertama pada Indra.“Oh, my goodness! Dia ahjussi berupa bentuk oppa!” - Ciara.Jarak usia 20 tahun tak jadi isu buat Ciara. Yang penting, dia mahukan Indra. Selama ini dia dikejar lelaki, sekarang dia pula mengejar Indra.“Jangan fikir yang aneh-aneh, Ciara Elina. Kamu bukan level uncle.”- IndraKerana ditolak mentah-mentah, Ciara paksa Tan Sri Chairil pinang Indra untuknya. Tak kisah walau guna cara kotor sekali pun. Yang penting, dia dapat Indra. Dan ugutan Tan Sri buat Indra terpaksa jua melafazkan akad tanpa rasa cinta.Hidup sebumbung dengan Ciara buat iman Indra selalu goyah. Nakalnya Ciara menggoda memang selalu buat dia menggelabah.“Rilekslah, Ci tak makan abang. Ci nak gigit jer!” – Ciara.“Astaga, Ciara... Jangan goda abang macam ni. Kat sini tak sesuai. Gempar satu rumah nanti.” – Indra.Mengenali Ciara Erina dari sisi lain, Indra akui isterinya itu berbeza dari tanggapannya. Ciara berjaya membuka kembali pintu hatinya yang sudah ditutup lama dulu.Tapi, mampukah Ciara membuatkan Indra lupa trauma dengan bekas isterinya yang dulu?
Review Novel Akad Karya Rose Harissa
Akad mengisahkan Ciara Erina seorang gadis berusia 19 jatuh cinta pada seorang duda bernama Indra Nazarie. Jarak usia 20 tahun bukan penghalang untuk Ciara mengejar cintanya walaupun Indra menolak kerana tidak terbuka hati untuk berkahwin lain. Tapi Indra akhirnya terjerat dan terpaksa bersetuju dengan perkahwinan apabila Ciara menggunakan pengaruh bapanya, Tan Sri Chairil.
Selepas berkahwin jalan ceritanya comel sikit sebab kemain Indra jual mahal tapi Ciara pula tak habis-habis menggoda sampai tergugat iman Indra dibuatnya. Perwatakan watak utama sangat menarik, Indra yang nampak matang dan juga Ciara walaupun adakalanya perangai macam budak-budak tapi terselit sisi matang Ciara apabila berdepan dengan anak-anak Indra dan juga bekas isteri Indra yang tak habis mengganggu dan cuba memburukkan Indra.
buku Akad hanya sesuai untuk bacaan dewasa sebab sangat berani menyentuh isu-isu dalaman hubungan suami isteri yang diketengah secara terbuka secara tak langsung banyak pengajaran yang cuba disampaikan oleh penulis. Walaupun nampak nipis tapi padat dengan isi yang menarik.
**MY RATING : 4/5**
Baca juga : Ali Alauddin by Rose Harissa
1 Comments
Kalau rose harissa best aje.
ReplyDelete