Telah Aku Halalkan (TV2) | Sinopsis Telefilem

Telah Aku Halalkan (TV2) | Sinopsis Telefilem

Telefilem : Telah Aku Halalkan
Produksi : Infusion Sdn Bhd
Pengarah : Hazali Ramli
Idea Asal : Liza Khairudin
Penulis Skrip : Shah Rizal Mashur 
Siaran : TV2
Tayangn : 17 April 2023
Masa : Isnin | 9.00 Malam
Pelakon : Ainin Ahmad B, Jay Iswazir, Wan Sharmila, Ewan Fauzi, Puteri Balqis

Saksikan telefilem Telah Aku Halalkan lakonan Wan Sharmila, Ainina Ahmad dan Puteri Balqis pada hari isnin ini, jam 9.00 malam di TV2.

Telah Aku Halalkan (TV2) | Sinopsis Telefilem

Sinopsis Telah Aku Halalkan

Mengisahkan Mak Munah seorang ibu tunggal yang mempunyai empat orang anak. Anak-anaknya semuanya telah dewasa tetapi semuanya masih mengharapkan kudrat tuanya untuk memberi khidmat kepada anak-anaknya dengan pelbagai alasan.

Mak Munah berasa sedih dengan apa yang berlaku dalam hidupnya dan berasa hati dengan apa yang telah dilakukan oleh anak-anak terhadap dirinya. Kesudahannya dia memutuskan untuk menyerahkan keseluruhan hartanya kepada pihak Baitulmal setelah kematiannya. 

Namun masih adakah peluang bagi mereka menuntut keampunan daripada ibu tersayang?

Dibintangi oleh Ainin Ahmad B sebagai Mak Munah, Jay Iswazir sebagai Kadir, Wan Sharmila sebagai Maziah, Ewan Fauzi sebagai Kamal dan Puteri Balqis sebagai Mariam. Saksikan kesudahanya dalam telefilem Telah Aku Halalkan.

Post a Comment

0 Comments