Tak Sempurna Mencintaimu by Rehan Makhtar | Book Review

Tak Sempurna Mencintaimu by Rehan Makhtar | Review Novel

Tajuk : Tak Sempurna Mencintaimu
Penulis : Rehan Makhtar
Helaian : 442
Penerbit : Karya Seni
Tahun Terbitan : Jun 2018

SINOPSIS:
Pertemuan antara mata redup dan mata kuyu itu tidak indah. Ia menyakitkan. Hinggakan si mata redup mahu lupakan segalanya dan tidak mahu terhutang apa-apa. Sebaliknya pula pada pemilik mata kuyu itu. Selagi gadis bernama Siratul itu belum selesaikan hutangnya, dia tak akan biarkan gadis itu begitu sahaja. Ya, katalah dia kejam. Kenyataannya, memang dunia ini kejam! Dia juga pernah menjadi mangsa.

"Kau sindir aku lagi, kan?" -MUSTAQIM
"Tak... kalau betul koyak, saya nak tolong jahitkan" -SIRATUL

Wajah, lirik mata dan kata-kata Siratul kedengaran begitu jengkel pada pendengaran Mustaqim. Tapi entah mengapa... Yang jengkel itulah yang dia mahu pandang, yang mahu dia tatap dan mahu dia dengar.

Hingga satu hari, bila Siratul mula membuka hati... Lelaki itu berdusta dengannya. Dia marah kerana rasa sayang yang mula bercambah.

Mustaqim bingung. Tak... Dia merancang yang indah sebenarnya. Kerana dihalau pergi, dia berlalu bersama cinta yang wujud buat pertama kali dalam hati.

Akhirnya, Siratul mengerti tentang apa yang telah Mustaqim lalui sepuluh tahun dulu hingga meninggalkan parut dalam angkara cinta yang dusta yang memaksa dia menjadi yatim piatu sebelum waktu. Cinta dusta yang menghantui hingga kini.

Tapi, benarlah. Merancang itu percuma tapi ketentuan boleh jadi berbeza. Mustaqim sekali lagi bertarung dengan ujian bila antara dia, Siratul dan Melisa... Hanya dipisahkan oleh satu garisan halus bernama kematian.

Nyawa mereka berdua bagai di hujung helaan. Mustaqim bangkit bersama sisa-sisa nafas yang ada demi Siratul. Namum adakah dia masih gagah untuk menghayun pedang melawan ujian itu bula perisainya tumbang? Dia sendiri tak pasti.


Book Review Tak Sempurna Mencintaimu by Rehan Makhtar 

Pertemuan Siratul dan Mustaqim disebabkan satu insiden di mana adik Siratul terlanggar Mustaqim. Siratul cuba untuk menyelesaikan dengan cara baik tapi Mustaqim berprasangka buruk dengan mereka. Benda yang boleh diselesaikan dengan mudah jadi tertangguh kerana perangai mengada Mustaqim. kononnya tak puas hati tapi dalam hati sudah terjatuh suka.

Perwatakan Siratul yang tabah, sabar dan penuh kasih sayang menambat hati Mustaqim secara tak langsung mengajar Mustaqim untuk memaafkan orang lain dan redha dengan segala ujian yang datang dalam hidupnya. Konflik dalam novel ini lebih kepada Mustaqim dengan bapanya apabila dia tidak puas hati bapanya berkahwin dengan Melissa yang sebaya dengannya.

aku suka perjalanan cinta antara Siratul dan Mustaqim yang smooth dan saling support each other cuma satu part yang agak mengganggu aku adalah perangai Siratul yang terlalu baik tak bertempat. Tindakan Melissa sangat melampau batas dan kalau Siratul mengambil tindakan yang betul mungkin kejadian buruk tidak menimpa dirinya dan Mustaqim.

Jalan ceritanya sangat menarik, comel baca ayat manis bergula dari Siratul dan Mustaqim tapi overall bukan sekadar hiburan kosong sebab banyak pengajaran yg boleh diambil.

**MY RATING : 4/5**

Post a Comment

0 Comments