Seseorang Untuk Aku by Rehan Makhtar | Book Review

Seseorang Untuk Aku by Rehan Makhtar | Book Review

Tajuk : Seseorang Untuk Aku
Penulis : Rehan Makhtar
Helaian : 620
Penerbit : Karya Seni
Tahun Terbitan : Mei 2015

SINOPSIS: 
Sebaik mana manusia merancang, Tuhan jugalah perancang yang terbaik. Lailatul punya rencana sendiri tentang hidupnya. Tentang cita-cita dan impian. Bukan untuk hari ni tapi untuk satu hari nanti setelah usia remaja dikorbankan untuk melihat Lizahani, adiknya berjaya dan bahagia setelah ayah ibunya tiada. Namun, kecekalan dia diduga lagi. Ditangkap berdua-duaan dengan seorang lelaki asing bernama Muhamad Al-Qadr, membuatkan dia hilang punca.

“Aku memang tak ada sesiapa dalam dunia ni selain kau.” - Lailatul

“Itu tak ada kaitan dengan aku.” - Qadr

Demi rasa tanggungjawab, Qadr hulurkan tangan kepada Lailatul agar mereka sama-sama menyusuri semua cabaran biarpun tanpa cinta dalam hati. Pada Qadr, semua itu boleh dipupuk.

“Haaa... Lagi satu nak sedekah dekat orang ni, biarlah sesuatu yang kita sayang. Biar orang yang tak mampu tu sama-sama merasa nikmatnya.” - Lailatul

“Aku paling sayang diri sendiri. Aku hadiahkan diri aku kepada kau, boleh?” - Qadr

Jodoh mereka mudah tapi mencari bahagia sedikit sukar tatkala si mentua memandang sinis kepada budak kampung seperti dia. Lailatul teguh apabila Qadr menjadi tunjangnya. Tapi, tabahnya goyah dan mula runtuh apabila maksud pernikahan mereka terbongkar. Ditambah dengan berita tentang kasih sayang dan pengorbanan yang telah lama dikhianati demi seorang lelaki bernama Zarulhakimi. Kerana dia manusia biasa, yang tahu menangis apabila sedih. Yang tahu sakit apabila dilukai.

“Lai rasa abang bahagia ke? Lai rasa abang akan ikut ke permintaan Lai yang merepek tu? Atau Lai rasa Lai dah malas nak layan zahir batin abang?” - Qadr

“Agaknya, Lai ni memang senang untuk diperbodohkan. Sebab tu abang, Zarul dan Liza boleh bodohkan Lai macam ni sekali.” - Lailatul

“Abang tak pernah perbodohkan, Lai. Abang memang sayang…” - Qadr

Kerana Tuhan menciptakan pasangan bersama kekuatan dan kelemahan masing-masing, Qadr tenang berpaksikan kepercayaan. Dia tak pernah kesah bagaimana mereka dipertemukan tetapi bagaimana harus mereka cipta bahagia. Sebagai seorang juruterbang jet pejuang, Qadr sedar pentas perjuangan yang lebih hakiki adalah memperjuangkan kasih mereka hingga ke syurga. Mampukah dia?


Review Novel Seseorang Untuk Aku by Rehan Makhtar

Mengisahkan Lailatul yang sanggup mengorbankan masa depannya untuk menyara adiknya, Liza selepas ibu bapa mereka meninggal dunia. Selepas Liza berkahwin dengan Zarul, hidup Lailatul penuh dengan dugaan sehingga ditangkap basah bersama Qadr. Qadr mengajak Laila berkahwin demi menjaga maruah gadis itu. 

Selepas berkahwin, Lailatul terpaksa berpisah dengan Qadr kerana tuntutan tugas suaminya sebagai tentera yang mempunyai misi jauh di luar negara. Dalam masa yang sama, Lailatul terpaksa berdepan dengan ibu mertuanya yang secara jelas tidak dapat menerimanya kerana menyangka Lailatul yang sengaja memerangkap Qadr.

Lailatul sangat tabah dengan ujian yang datang dalam hidupnya cuma tak best bila dia tak nak open cerita masalah dia pada Qadr. part ni agak dragging, kesian dengan Qadr sebab terpaksa bersabar melayan kerenah isterinya. 

watak Qadr pula tidak perfect sangat sebab di awal cerita nampak dia agak playful dan tidak mahu mempunyai komitmen dalam relationship kerana sentiasa sibuk dengan kerjanya. tapi lepas kena tangkap basah dengan Lailatul nampak yang dia mahu bertanggungjawab walaupun sebenarnya mereka tidak bersalah. Qadr juga sangat matang dalam menyelesaikan masalah rumah tangganya suka cara dia handle konflik antara Lailatul dengan emaknya.

rasanya ini antara hero Rehan Makhtar yang sis paling suka sebab dia punya aura tu..aishh cair.. Overall, nice story.

**MY RATING : 4/5**

Post a Comment

1 Comments

  1. Wah baca tiara punya review kita pun cair juga le. Kena cari ni

    ReplyDelete