Sempurna (TV3) | Sinopsis Telefilem lakonan Siti Saleha dan Redza Rosli

Sempurna (TV3) | Sinopsis Telefilem

Saksikan telefilem Sempurna yang ditayangkan pada 29 April 2023, hari sabtu pukul 10.00 malam di slot Cerekarama TV3 atau tonton secara langsung melalui platform penstriman TONTON.

Sempurna sebuah telefilem arahan sutradara Ayie Mustafa dan skrip ditulis oleh Lynnda Sharudin diterbitkan di bawah syarikat produksi Sha's Media Sdn Bhd.

Dibintangi oleh Siti Saleha yang membawa watak sebagai Rossa, Redza Rosli, Serra Melissa, Doria Rachel Jolly, Jay Iswazir, Fadilah Mansor dan ramai lagi.

Sempurna (TV3) | Sinopsis Telefilem lakonan Siti Saleha dan Redza Rosli

Info Telefilem Sempurna

Produksi : Sha's Media Sdn Bhd
Pengarah : Ayie Mustafa
Penulis Skrip : Lynnda Sharudin
Siaran : TV3
Tayangan : 29 April 2023
Masa : Sabtu | 10.00 Malam
Pelakon : Siti Saleha, Redza Rosli, Sera Melissa, Doria Rachel Jolly, Jay Iswazir, Fadilah Mansor, Silfeny Osman, Kween Keela, Heidi Nur Aleesya, Mikael Noah

Sempurna (TV3) | Sinopsis Telefilem lakonan Siti Saleha dan Redza Rosli

Sinopsis Telefilem Sempurna

Mengisahkan Rossa seorang wanita yang tampak sempurna di mata semua orang kerana mempunyai kerjaya yang bagus dan berjaya menguruskan rumahtangganya.

Rossa berkahwin dengan Amsyar yang bekerja dalam bidang O&G dan mereka mempunyai tiga orang anak. Mereka dilihat pasangan serasi, berjaya di usia muda dan menjadi idola kepada rakan-rakan mereka.

Namun segalanya berubah apabila anak kecil mereka meninggal dunia kerana tersedak susu. Kejadian ini berlaku di rumah mereka sendiri di bawah jagaan Rossa bukannya pengasuh mereka. Amsyar segera pulang dan terkejut dengan kehilangan anaknya seperti menyalahkan Rossa kerana lalai.

Hal ini menyebabkan Rossa semakin tertekan dan mengalami kemurungan sehingga terpaksa mendapatkan rawatan psikiatri. Doktor Nazri yang merawat Rossa merasa kejanggalan dalam bicara Rossa. Adakah hidup Rossa benar-benar sempurna?

Baca juga : 

Post a Comment

0 Comments