Review Movie | Ada Apa Dengan Dosa (2020)

Review Movie | Ada Apa Dengan Dosa (2020)

Filem : Ada Apa Dengan Dosa
Produksi : Pencil Pictures & Records
Pengarah : Rahila Ali
Penulis Skrip : Rudy Imran, Rahila Ali
Siaran : Astro
Tayangan : 4 Jun 2020
Durasi : 1 jam 24 minit
Pelakon : Wanna Ali, Haris Ismail, Fasha Sandha, Ashraf Muslim, Adam Corrie, Fauziah Nawi, Rayyan Dinno, Regina Vereker, Bobby Robertson

SINOPSIS:
Setelah bertahun menetap di Eropah kerana dijaga oleh ibu bapa angkatnya, Aurora pulang ke Malaysia untuk mencari ibu bapa kandungnya. Dia juga memulakan perjalanan rohaniah mencari keredhaan Allah.

Review Movie | Ada Apa Dengan Dosa (2020)

Ada Apa Dengan Dosa mengisahkan Aurora (Wanna Ali) yang membesar di bumi Scotlang dalam keluarga bukan islam kemudiannya mengetahui dirinya hanyalah anak angkat setelah berusia 20 tahun. 

Dengan bantuan Khaliq (Harris Ismail), Aurora cuba menjejak dan mencari ibu bapa kandungnya yang sebenar yang kini telah menetap di Malaysia. Aurora gembira apabila dapat bertemu dengan ibu dan bapanya iaitu Siti Zahrah (Fasha Sandha) dan Ustaz Aariz (Ashraf Muslim) tapi perit juga untuk dia menerima apabila mengetahui dia adalah anak luar nikah yang dibuang oleh ibu bapa kandungnya.

Lagi pula Siti Zahrah sudah mempunyai keluarga sendiri cuba melupakan dosa masa lalunya manakala Ustaz Aariz pula mempunyai imej yang baik dan dihormati oleh masyarakat sukar untuk mereka mengaku dan menerima kehadiran Aurora.

Review Movie | Ada Apa Dengan Dosa (2020)

mesej dakwah yang disampaikan agak menarik juga mengenai isu anak luar nikah. Kesian Aurora yang menjadi mangsa keadaan kerana dosa dan kesilapan yang dilakukan oleh Siti Zahrah dan Aariz, kesannya Aurora membesar tanpa mengetahui asal usul dan tidak mempunyai pegangan agama.

Overall, nice story dan penuh pengajaran tapi tak puas hati juga sebab scene Siti Zahrah kat ending macam tergantung sikit.

Post a Comment

0 Comments