Drama : Nenek Bongkok Tiga
Produksi : Independent Pictures Sdn Bhd
Pengarah : Yusry Abd Halim
Penulis Skrip : Azhar Amirulhisyam
Siaran : VIU/ Astro Ria
Mula Tayangan : 9 Februari 2023
Durasi : 50 minit
Genre : Fantasi, Thriller, Misteri
Pelakon : Hun Haqeem, Sara Ali, Meerqeen, Fimie Don, Syafie Naswip, Ashraf Muslim, Syazwan Zulkifly, Sara Mack Lubis, Sherie Merlis, Sofia Jane, Rykarl Iskandar, Hana Tiha, Louisa Chong, Aida Aris, Esma Daniel
SINOPSIS:
Apabila lapan orang terjaga di sebuah rumah yang dihuni seorang nenek bongkok tua, mereka terpaksa memenangi siri permainan yang dicipta oleh nenek dengan harapan dapat kembali ke kehidupan sebelumnya.
Nenek Bongkok Tiga mengisahkan Zamir (Hun Haqeem) seorang pendaki berpengalaman yang tidak berputus asa mencari adiknya, Zaid (Rykarl Iskandar) yang hilang di Bukit Luruh.
Pelbagai usaha dilakukan oleh Zamir termasuk bertemu Samira (Sofia Jane) yang kononnya pernah hilang di Bukit Luruh dan muncul kembali 60 tahun kemudian tapi semua usahanya tidak berhasil membuatkan Zamir tekad untuk masuk ke situ dan mencari adiknya sendiri.
Malangnya Zamir telah terperangkap ke satu dimensi yang lain bersama tujuh orang lain dan muncul seorang wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Nenek (Sherie Merlis), penjaga rumah agam yang menjadi tempat tinggal mereka sekarang.
Nenek memberitahu tentang peraturan di rumah agam tersebut dan menasihatkan mereka supaya tidak keluar dari rumah tersebut jikalau tidak mahu menjadi makanan kepada Narangsa atau juga digelar Tuan Tanah.
Tujuh orang lain yang terperangkap di situ adalah Alis (Sara Ali), Adi (Meerqeen), Malia (Sara Zack Lubis), Sani (Syafie Naswip), Mior (Fimie Don), Haikal (Ashraf Muslim) dan Salim (Syazwan Zulkifly) yang datang ke Bukit Luruh dengan tujuan tertentu dan mempunyai penyelesaian tersendiri yang menyebabkan mereka ditarik masuk ke dimensi tersebut.
Zamir yang tahu tentang selok belok Bukit Luruh cuba menggunakan pengalaman dan kemahirannya untuk membawa mereka semua keluar dari situ namun puas mereka mencuba tetap juga tidak dapat mencari jalan keluar.
Mereka terpaksa bermain permainan yang dibuat oleh Nenek untuk terus bertahan di situ jika tidak mahu menjadi makanan Tuan Tanah.
Plot dan jalan cerita Nenek Bongkok Tiga sangat menarik ditambah pula setiap watak mempunyai kisah tersendiri plus aku suka tengok barisan pelakon dalam drama ni yang boleh deliver watak mereka dengan baik sekali.
Zamir antara watak yang berat sebab dia nak cari adiknya dalam masa yang sama dia nak pastikan mereka semua keluar dari situ dengan selamat walaupun perangai masing-masing macam hawau dan pentingkan diri sendiri. tak tahu berapa kali Zamir kena tikam dengan mereka tapi masih lagi fikir pasal mereka padahal dia dah dapat peluang untuk keluar boleh je tinggalkan puak ni mereput dalam tu.
Tapi lakonan Hun Haqeem memamg mantap, nangis kat hujung-hujung bila dia kena tanggung dosa orang lain dan korban diri sendiri untuk pastikan yang lain selamat.
Paling mengejutkan tengok lakonan Meerqeen sebagai Adi, sebelum ni ada kutuk nampak acting dia kayu tapi dalam ni dia slay habis dengan peranan sebagai bad boy. awal-awal tu watak dia paling annoying sebab tak habis nak tikam orang tapi kat hujung-hujung best dengan progress watak dia.
Mereka berlapan ada kisah tersendiri seperti Adi ada niat nak bunuh adik tirinya, Alis lari dari pihak polis sebab rompak majikannya, Mior pula bunuh rakan sekolahnya dan cuba tanam mayat di situ, Malia pula rasa bersalah atas kematian seorang follower dia, dan begitu juga yang lain ada penyelesaian mereka yang menyebabkan mereka terperangkap di situ.
Adakah Zamir dapat cari jalan keluar untuk membawa yang lain keluar di situ dengan selamat? haa itu korang kena tengok sendiri.
bagi aku plot dia awal tu slow sebab banyak drama tapi makin menarik bila masuk episod 6 dan ke atas bila terbongkar motif sebenar Nenek. Semua permainan yang dicipta oleh Nenek sekadar muslihat sahaja sebabnya ada dua sahaja sama ada kau jadi makanan Tuan Tanah atau jadi pengganti Nenek yang mahu melepaskan diri dari situ.
Semua ini terjadi kerana perjanjian Narangsa dengan Samira, aku pun tak faham sangat apa yang Samira ni dapat tapi dia janji akan sediakan korban untuk Narangsa. akhirnya makan diri sendiri bila Samira sendiri terperangkap di situ. kiranya Nenek pun mangsa keadaan kena tanggung dosa si Samira.
Jika Nenek mahu keluar dia pun kena cari pengganti juga tapi bukan mudah sebab Narangsa ni pun ada kriteria dia juga nak pilih tuan kalau tidak dia jadikan orang itu sebagai makanan. kesimpulannya, jauhilah perbuatan syirik dan terkutuk yang akhirnya akan makan diri balik.
menarik juga bila penulis drama ni cakap dia dapat inspirasi untuk tulis cerita ni berdasarkan lagu kanak-kanak Nenek Si Bongkok Tiga tapi bila dengar Nenek menyanyi lagu tu dalam drama ni jadi seram pula. Overall nice story dan recommend sangat untuk korang tengok.
Baca juga :
0 Comments