Review Drama | Bidadari Bermata Bening (VIU)

Review Drama | Bidadari Bermata Bening (VIU)

Drama : Bidadari Bermata Bening
Pengarah : Farid Dermawan
Siaran : VIU
Tayangan : 31 March 2023
Episod : 12
Durasi : 55 minutes
Genre : Romantik, Islamik
Pelakon : Zoe Abbas Jackson, Ari Ilham, Vladimir Rama, Teuku Ryan, Ikang Fawzi, Aisyah Aqilah, Enditha, Indra Birowo

Sebuah drama adaptasi karya Habiburrahman El Shirazy yang sebelum ini novel beliau iaitu Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih juga pernah diadaptasi ke layar perak.

Bidadari Bermata Bening mengisahkan perjalanan hidup Ayna Mardeya lakonan Zoe Abbas Jackson, seorang gadis pintar dan tinggi ilmu agamanya tapi tidak dapat menyambung pelajarannya kerana masalah kewangan. Ayna dalam dilema membuat pilihan apabila menerima lamaran dari tiga orang lelaki yang berbeza personaliti dan latar belakang.

Review Drama | Bidadari Bermata Bening (VIU)

Selepas ibunya meninggal dunia, Ayna membuat keputusan untuk belajar di sekolah pondok selama 3 bulan sebelum belajar dalam bidang kulinari kerana mempunyai impian untuk membuka kedai roti.

Tapi bapa saudaranya iaitu Pakde Darsun tidak datang menjemputnya seperti yang dijanjikan menyebabkan Ayna meneruskan pengajiannya di sekolah pondok tersebut selama tiga tahun. Dalam masa yang sama, Nyai Sobron meminta Ayna membantu kerja di dapur kerana tahu minat Ayna dalam bidang memasak.

Selepas habis pengajian, Ayna tidak dapat meneruskan pengajiannya walaupun mendapat merupakan pelajar terbaik di pesantren tersebut kerana masalah kewangan. Suatu hari, Ayna dilamar oleh Ustaz Yusuf, seorang penceramah terkenal yang baru kematian isterinya.

Review Drama | Bidadari Bermata Bening (VIU)

Hati Ayna sebenarnya dalam diam sudah tertarik dengan Gus Afif (Ari Ilham), anak bongsu kepada Kiai Sobron dan Nyai Sobron yang merupakan pemilik pensantren tersebut. 

Afif baru habis belajar di Mesir kembali ke sekolah pondok tersebut untuk meneruskan kerja bapanya dalam masa yang sama dia merancang untuk menjalankan perniagaan runcit sebagai sumber rezeki. Sejak pertama kali ternampak Ayna, Afif sudah jatuh hati tapi lepas tiga tahun pun dia masih lagi malu nak menyatakan hasrat hati sampai gelabah juga bila tahu Aina dipinang oleh Pak Ustaz.

Waktu ini Aina dalam dilema juga, nak tolak lamaran Ustaz Yusuf tapi tiada alasan yang kukuh bila Ustaz sendiri sanggup nak tanggung kos pelajaran dia kelak. Walaupun hatinya tertarik pada Afif tapi Aina sedar diri juga lagi pula bila terdengar Nyai yang bersembang dengan suaminya menyatakan tidak mahu lagi Afif berkahwin kerana belum kukuh dari segi kewangan.

Review Drama | Bidadari Bermata Bening (VIU)

Ayna kemudiannya membuat keputusan untuk pulang ke kampung sekejap apabila sepupunya, Atikah datang menjemput. Dalam masa yang sama Ayna pelik juga sebab Pakde dan Bunde tak pernah tanya khabar sepanjang dia belajar di situ tiba-tiba suruh dia pulang tapi Ayna pulang juga sebab nak bincang mengenai lamaran yang diterimanya.

Rupa-rupanya Pakde ada muslihat sendiri apabila mahu mengahwinkan Ayna dengan Yoyok (Vladimir Rama) kerana ayah Yoyok sudah berjanji akan membantu Pakde untuk mendapatkan jawatan ketua kampung.

Manakala ayah Yoyok pula mahu menggunakan imej Ayna seorang gadis muslimah yang tinggi ilmu agamanya untuk menaikkan reputasi Yoyok bertanding dalam pilihanraya sebagai ketua daerah. 

Review Drama | Bidadari Bermata Bening (VIU)

Walaupun Ayna sudah menolak lamaran Ustaz Yusuf dan Afif sudah meluahkan perasaanya tapi sukar untuk Ayna dan Afif bersatu keranan Pakde dan Bunde telah melakukan pelbagai muslihat sehingga menyebabkan Ayna terpaksa bersetuju berkahwin dengan Yoyok.

Kisah Ayna dan Afif seperti kisah cinta Dewi Shinta dan Rama yang mana Ayna kini dalam tawanan Yoyok. Ayna memberi syarat kahwin kepada Yoyok tidak mahu disentuh selagi Yoyok tidak menghafaz juz Amma dan surah Yasin.

Mampukah Yoyok berubah dan memenuhi syarat Ayna? Apakah Afif akan bersatu dengan cinta sejatinya? Adakah Ayna akan kuat menempuh segala ujian yang mendatang dalam hidupnya?

Review Drama | Bidadari Bermata Bening (VIU)

aku suka tengok Ayna sebab dia memang cantik sesuailah dengan watak dia tapi tak berkenan sangat Ari Ilham bawa watak Afif sebab vibe dia sebagai ustaz tak cukup kuat maybe disebabkan imej dia yang agak jambu kot.

Jalan ceritanya agak berat juga dengan perjalanan hidup Ayna yang penuh dengan ujian dan dugaan. Nak sambung belajar tak dapat kena paksa kahwin. terkahwin pula dengan lelaki yang perangai hurm nauzubillah. pandai juga Ayna bagi syarat pada Yoyok tapi si Yoyok ni tak reti nak insaf dan cuma tertarik dengan kecantikan Ayna.

Bidadari Bermata Bening dah tayang sampai episod 6 di VIU so penasaran juga nak tahu apa pengakhiran kisah Aina dan Afif dan ada lagi watak yang belum muncul. sebab lambat lagi nak habis aku siap google lagi nak tahu ending novel dia macam mana..haha

Overall, jalan cerita dia menarik juga dan islamik tapi slow sikit. tapi best dengar dia punya OST lagu Khanti nyanyian Rossa, bila dengar Rossa nyanyi auto teringat lagu tema AyatpAyat Cinta.

Baca juga : 

Post a Comment

0 Comments