Perindu Senja (TV3) | Sinopsis Telefilem

Perindu Senja (TV3) | Sinopsis Telefilem

Telefilem : Perindu Senja
Produksi : Nuansa Sdn Bhd
Pengarah : Osman Ali
Penulis Skrip : Naza Manas
Siaran : TV3
Tayangan : 1 April 2023
Masa : Sabtu | 10.00 Malam
Pelakon : Normah Damanhuri, Iman Suhana, Fazlina Ahmad Daud, Zaidi Omar, Hilal Azman

Saksikan telefilem Perindu Senja lakonan hebat Normah Damanhuri, Fazlina Ahmad Daud dan Iman Suhana pada hari sabtu ini, jam 10.00 malam di Cerekarama TV3.

Tonton Live : Perindu Senja (TV3)

Perindu Senja (TV3) | Sinopsis Telefilem

Sinopsis Telefilem Perindu Senja

Mengisahkan Bakar yang hilang di tengah laut ketika mencari rezeki. Setiap hari Che Embun akan ke jeti menanti kepulangan suaminya, Bakar. Raya semakin dekat, Che Embun mahu masakkan rendang itik kegemaran Bakar. Dia yakin jika Bakar terhidu rendang itiknya, Bakar segera pulang ke rumah.

Che Embun tidak pernah kisah dengan pandangan orang kampung yang memandang serong dan menuduh dia gila kerana rindukan suaminya.

Dalam masa yang sama, Che Embun selalu ditemani Nomi seorang gadis istimewa. Che Embun sangat sayangkan Nomi dan bertindak melindungi Nomi dari ditindas oleh ibunya sendiri.

Dibintangi oleh Normah Damanhuri sebagai Che Embun, Zaidi Omar sebagai Bakar, Iman Suhana sebagai Nomi, Fazlina Ahmad Daud sebagai Renah, Shah Kimin sebagai Mosa dan Hilal Azman sebagai Bidin.

Baca juga : 

Post a Comment

0 Comments